KUALA LUMPUR – Satu petisyen dalam talian telah dilancarkan di laman web charge.org bagi mendesak Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Mansor membuat permohonan maaf dan menarik balik kenyataan biadab dan penghinaan terhadap Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Petisyen yang diberi nama “Menggesa Agar Ku Nan Meminta Maaf Dan Menarik Semula Kenyataan “Slow-Learner Masuk UiTM”

Petisyen ini dimulakan oleh Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pada Isnin, dan sehingga hari ini (Selasa) sudah mengumpul sebanyak 7,858 tandatangan (setakat artikel ini ditulis).

Tengku Adnan

Peningkatan terhadap petisyen itu mendapat sokongan hampir 10,000 tandatangan membawa satu kenyataan mengecam keras tindakan Tengku Adnan atau Ku Nan yang menggambarkan UiTM sebagai tempat bagi mereka yang kurang cemerlang dalam pelajaran, ketika berucap di majlis Anugerah Nadi Negara 2017 di Kuala Lumpur.

BACA JUGA :   Bersukan Nampak Aurat? Syed Saddiq Dilabel Tiada Etika Sebagai Menteri

Menurut Datuk Seri Tengku Adnan Mansor, beliau menafikan memperkecilkan Universiti Teknologi MARA (UiTM) sebagai tempat pelajar lemah pembelajaran.

Beliau yang juga Menteri Wilayah Persekutuan mendakwa kenyataannya telah diputar belit dan disalah tafsir pihak tertentu lalu dijadikan modal politik pembangkang.

Tengku Adnan
Sumber foto: NST

Menurut Syed Saddiq yang juga merupakan Ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), kenyataan dibuat Ku Nan merupakan satu penghinaan kepada ribuan pelajar yang menuntut di UiTM.

Syed Saddiq dalam petisyen tersebut berkata, Ku Nan sepatutnya membantu mereka, bukannya mengeruhkan keadaan dengan membuatkan kenyataan seolah merendahkan bakal penuntut dan graduan UiTM.

Kenyataan dangkal ini tidak sepatutnya datang daripada seseorang yang berstatus menteri, kenyataan yang akan memberikan lebih banyak impak yang negatif terhadap pelajar UiTM. Ini akan mengakibatkan diskriminasi yang lebih teruk terhadap mereka.

BACA JUGA :   Syed Saddiq Mulakan Tugas Ketua BERSATU Muar

Sangkal Ku Nan,”saya memperkecilkan UiTM sebagai tempat pelajar lembab. Sebaliknya, saya menyatakan ramai pelajar daripada keluarga miskin melanjutkan pengajian ke UiTM menjadi cendekiawan dan akhirnya mengubah ekonomi keluarga”.

“UiTM adalah landasan untuk mengubah ekonomi Melayu dan meningkatkan pendidikan hingga ke peringkat ijazah Doktor Falsafah (PhD)”.

“Ini semua adalah jasa UMNO dan kerajaan kepada rakyat,” katanya,

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Layari Daulah Online Bookstore, Kedai Buku Online Yang Menawarkan Buku-Buku Bestseller Idaman Anda Dengan Harga Termurah Di Malaysia!
Daulah.com

Sumber:

Dipetik & diolah dari BH & MD

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here