tumbuk depan kedai adidas
Sumber foto : Malaysian Digest

Kedai Adidas Suria KLCC Kecoh

Keterujaan pencinta-pencinta kasut jenama Adidas yang beratur panjang untuk mendapatkan model sneakers edisi terhad menjadi kecoh apabila berlakunya insiden tumbuk-menumbuk antara 2 orang pembeli.

tumbuk depan kedai Adidas
Model sneakers terbaru Adidas edisi terhad. Sumber foto : Instagram Adidas Originals

Dilaporkan, seorang bakal pembeli sneakers bernama Faiz (mangsa) itu berang dengan tindakan seorang lelaki bertopi yang memotong barisan.

Rakaman video memaparkan berlaku ‘perang mulut’ antara dua lelaki terbabit kerana lelaki bertopi itu mendakwa mempunyai ‘waiting list’ (senarai menunggu) yang dijadikan sebagai alasan untuk memotong barisan.

tumbuk depan kedai Adidas
Mangsa yang ditumbuk

Faiz meminta lelaki bertopi itu itu mengikut barisan dan menjelaskan bahawa sistem senarai nama tidak pernah wujud sepanjang dua tahun dia menjadi pembeli tetap kasut jenama itu. Faiz juga mendakwa telah mula beratur sejak jam 2 pagi lagi.

BACA JUGA :   Teknologi Robot Super Laju Ini Jadikan Baju Adidas Lebih Murah Dengan Hasilkan 800,000 Baju Sehari
tumbuk depan kedai Adidas
Berlakunya perang mulut antara mangsa dengan lelaki bertopi ini di depan kedai Adidas

Walaubagaimanapun, lelaki bertopi terbabit tetap tidak mahu mengikut barisan lalu bertindak agresif dengan melepaskan tumbukan ke muka Faiz menyebabkan mangsa rebah ke lantai.

tumbuk depan kedai Adidas
Tumbukan yang membuatkan mangsa terduduk

Situasi bertambah buruk apabila beberapa orang lelaki (dipercayai rakan lelaki bertopi) bertindak melepaskan ‘tumbukan curi’ ke arah mangsa yang terbaring meskipun beberapa pelanggan lain cuba meleraikan keadaan tersebut.

Sehubungan dengan itu, sebuah portal melaporkan Adidas tidak pernah mengeluarkan senarai nama sepertimana yang didakwa pemukul, dan konsep yang sering digunakan adalah ‘first come first served’.

Susulan insiden tersebut, netizen mengutuk tindakan si pemukul sebagai memalukan dan menggesa mangsa membuat laporan polis.

Reaksi netizen berhubung isu ini

Segelitir netizen juga menasihati bakal-bakal pembeli supaya lebih berhemah dengan mengikut peraturan termasuk tidak memotong barisan.

BACA JUGA :   GANDINGAN UTAMA TOYOTA CH-R BERSAMA ADIDAS

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.


Layari Daulah Online Bookstore, Kedai Buku Online Yang Menawarkan Buku-Buku Bestseller Idaman Anda Dengan Harga Termurah Di Malaysia!


Kredit : Artikel ini dipetik dan diolah daripada Malaysian Digest

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here