Sumber : mwbuzz

Sebuah robot yang diprogramkan untuk menjahit baju ini mampu menghasilkan beratus ribu baju untuk Adidas dalam masa sehari , sekaligus berpotensi mengubah industri pembuatan tekstil.


Kunjungi Daulah Online Bookstore, Kedai Buku Online Yang Menawarkan Harga Buku Termurah Di Malaysia!


Mesin yang diberi nama “Sewbot” ini menggunakan kamera dan bots untuk memotong dan menjahit fabrik lembut, satu tugasan yang jarang dilakukan oleh mana-mana mesin automatik. Sehingga hari ini, kerja-kerja menjahit baju umumnya dilakukan oleh pekerja bagi mendapatkan kualiti yang lebih baik.

Sumber : Innovation in Textiles

Menurut jurucakap daripada Softwear,

“Mesin ini menggunakan kombinasi kamera dan jarum untuk mengesan kedudukan fabrik sebelum dijahit pakaian dengan kadar ketepatan yang lebih tinggi daripada mata manusia”

Saksikan bagaimana mesin Sewbot ini beroperasi menyiapkan sepasang seluar jeans dalam video di bawah:

BACA JUGA :   CANGGIH ! Jepun Cipta Robot Yang Mampu Kendalikan Majlis Pengkebumian Mayat

Bot yang merupakan sebahagian daripada mesin ini dikeluarkan oleh syarikat Softwear Automation yang berpusat di Atlanta, Amerika Syarikat. Syarikat ini diberikan kontrak DARPA sebanyak USD 1.25 juta khusus untuk membangunkan teknologi ini.

Sebuah syarikat dari China iaitu Tianyuan Garments dikhabarkan akan menggunakan bot ini di sebuah pusat mereka di Little Rock, Arkansas.

Pengerusi Tianyuan, Tang Xinhong berkata

“Kami akan memasang 21 buah mesin ini di kilang percetakan kami. Apablia mesin-mesin ini beroperasi dengan sepenuhnya, ianya dapat menghasilkan satu T-shirt dalam masa 22 saat. Ini bermakna, kami dapat menghasilkan 800,000 T-shirt Adidas dalam masa sehari.“

Ini akan memberikan banyak faedah kepada industri pembuatan baju domestik. Seperti contoh, harga baju daripada Adidas akan menurun dengan sangat mendadak.

BACA JUGA :   Trade Cryptocurrency Kini Lebih Mudah Dengan Menggunakan Robot AI

Kunjungi Daulah Online Bookstore, Kedai Buku Online Yang Menawarkan Harga Buku Termurah Di Malaysia!


Daripada satu sudut yang lain, ini bermakna tenaga manusia untuk menghasilkan baju akan kurang diperlukan dan beribu-beribu pekerja yang terlibat dalam industri ini mungkin akan kehilangan pekerjaan.

 


Sumber : The Next Web

MWBUZZ

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here