7 Fungsi Yang Anda Mungkin Tidak Tahu Boleh Dilakukan Dalam Instagram Stories

77
Sumber : TechCrunch

Sejak dilancarkan pada tahun lepas, Instagram Story hadir dengan bermacam-macam fungsi yang memberikan keseronokan bagi sesiapa sahaja yang menggunakannya.

Insta Stories ini merupakan satu medium untuk para pengguna berkongsi moments dalam kehidupan seharian dengan kenalan dan para pengikut di akaun Instagram mereka. Dilaporkan bahawa kira-kira 250 juta orang menggunakan Insta Story ini setiap hari.

Berikut merupakan 7 Fungsi yang anda mungkin tidak tahu boleh digunakan dalam Insta Stories.


Dapatkan Buku Best-Seller Di PBAKL17 Yang Lalu Dengan Harga Istimewa Hanya Di Daulah Online Bookstore!


1. Memutarkan Kembali Video Anda Secara Reverse

Sumber : unilad.co.uk

Anda boleh merakam video story anda secara rewind. Bagi anda yang tidak pernah menggunakannya, rewind adalah satu format kamera yang akan memainkan video anda dalam bentuk reverse.

 

2. Sticker Hashtag

Tambahkan hashtag dalam story anda dengan menggunakan perkataan ataupun sticker hashtag. Hanya tekan pada butang hashtag untuk mengetahui perkataan-perkataan yang berkaitan.

Sumber : unilad.co.uk

 

3. Balas Stories Rakan-rakan Anda Dengan Foto Dan Video

Sumber : unilad.co.uk

Tekan pada butang kamera ketika sedang menonton stories rakan-rakan anda untuk membalas sama ada menggunakan gambar ataupun video. Anda juga boleh selitkan banyak fungsi kreatif yang lain seperti face filter sticker dan rewind ketika membalas stories.


Dapatkan Buku Best-Seller Di PBAKL17 Yang Lalu Dengan Harga Istimewa Hanya Di Daulah Online Bookstore!


 

4. Klon Diri Anda Dengan Sticker Selfie

Ambil selfie anda. Kemudian tekan pada ikon sticker di penjuru kanan skrin, pilih butang selfie untuk ambil mini selfie dan letakkan dalam story anda.

Sumber : unilad.co.uk

 

5. Pinkan Emoji Atau Tulisan Pada Video Story Anda

Sumber : unilad.co.uk

Setelah video story anda dirakam, pilih pada mana-mana ikon yang anda ingin masukkan. Tekan lama-lama sehingga anda boleh menggerakkan ikon itu ke tempat yang anda inginkan semasa video sedang bermain.

 

6. Ubahsuai Warna Latar Dengan  Fungsi Pemadam

Dengan berus pemadam yang terbaru ini, anda boleh memadamkan perkara-perkara yang telah dilukis dan bermain-main dengan warna dalam story.

Sumber : unilad.co.uk

 

Diharapkan fungsi-fungsi ini akan menambahkan lagi keseronokan anda dalam menggunakan Insta Stories dan berkongsi momen-momen indah anda bersama rakan-rakan.


Dapatkan Buku Best-Seller Di PBAKL17 Yang Lalu Dengan Harga Istimewa Hanya Di Daulah Online Bookstore!


Sumber : Tomi Adebayo, UNILAD

Facebook Comments

Loading...