Tun M Sifatkan Bugis Sebagai Lanun

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi bertegas tidak akan membuat sebarang permohonan maaf secara terbuka ekoran kenyataannya yang dianggap menghina masyarakat Bugis.

Ketegasan itu sekali lagi dinyatakan walaupun Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla mendesak beliau memohon maaf atas kata-kata penghinaan terhadap suku Bugis  dalam satu ceramah politik pada 14 Oktober lalu.

Bugis
Tun Mahathir didapati menghina suku tersebut dalam ucapannya

“Saya tidak kata apa pun kepada Jusuf Kalla atau semua orang Bugis. Saya kata pasal Najib (Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak) sahaja”, ujar Tun M.

Sebelum ini, sebuah portal berita Indonesia melaporkan, Jusuf terkejut apabila ceramah Mahathir diselitkan dengan kenyataan menghina kaum Bugis yang menyifatkan kaum itu sebagai lanun. Hinaan itu dibuat mengaitkan Najib sebagai lanun kerana berasal daripada suku Bugis.

BACA JUGA :   Peluang Belajar Di Universiti Luar Negara Bersama DAULAH EDUCOSULT

Kata Jusuf, Mahathir harus meminta maaf dan menarik balik kenyataan tersebut kerana ia melukakan hati orang Bugis di seluruh Indonesia termasuk yang berada di Malaysia.

Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla

Selain mencetuskan kemarahan di Indonesia, kata-kata Mahathir juga telah mendapat bantahan daripada Persatuan Perpaduan Rumpun Bugis Melayu Malaysia (PPRBMM) di Yayasan Kepemimpinan Perdana beberapa minggu yang lepas.

Pada masa sama, Mahathir bersedia memberi kerjasama kepada pihak polis sekiranya dipanggil untuk memberi keterangan mengenai isu berkenaan.

Bugis
Tun M bersedia sekiranya dipanggil oleh PDRM. Sumber foto : Free Malaysia Today

“Itu dia (polis) punya kerjalah. Dia memang kena buka kertas siasatan. Kalau dipanggil (beri keterangan) saya kena pergilah,” katanya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Fadzil Ahmat sebelum ini mengesahkan dua kertas siasatan telah dibuka terhadap Mahathir selepas pengerusi Pakatan Harapan itu didakwa menghina suku tersebut dalam dua ucapan yang dibuatnya di Selangor.

BACA JUGA :   Penjawat Awam Di Johor Bakal Terima Bonus Lebih RM1,500 Daripada Kerajaan Negeri

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.


Layari Daulah Online Bookstore, Kedai Buku Online Yang Menawarkan Buku-Buku Bestseller Idaman Anda Dengan Harga Termurah Di Malaysia!

Kredit : Artikel ini dipetik dan diolah daripada Sinar Online

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here