Bulan lepas Vivo telah melancarkan Vivo V7+ yang membawakan paparan skrin berbingkai terkini, dengan kamera hadapan yang mempunyai 24MP bagi tujuan selfie yang cantik dan menyerlah bagi anda penggemar selfie.

Kali ini mereka telah melancarkan V7 pada harga RM 1,299 dengan harga yang lebih murah daripada V7+.

Seperti Vivo V7+, Vivo V7 membawakan spesifikasi dan teknologi yang sama pada peranti ini. Kelainannya terdapat pada saiznya, di mana Vivo V7 menampilkan skrin bersaiz yang lebih kecil iaitu 5.7-inci berbanding v7+ yang mempunyai skrin bersaiz 6-inci.

Vivo
Sumber foto: Amanz.my

Satu lagi kelainan adalah dari segi storan, di mana v7 mempunyai storan sebesar 32GB berbanding V7+ yang mempunyai storan 64GB.

BACA JUGA :   Kelonggaran SOP bagi Individu Lengkap Dua Dos Vaksin

V7 membawakan paparan berbingkai FullView 720p dengan nisbah 18:9 dengan ketumpatan pixel 282 ppi, cip pemprosesan Snapdragon 450 lapan-teras dan RAM 4GB, sokongan storan kad mikro-SD sehingga 256GB dan menyokong dwi-SIM.

Dari segi kamera, ia menyertakan kamera hadapan 24MP namun tidak mempunyai LED Flash, dan kamera utama dibahagian belakang 16MP dengan LED Flash. Teknologi Face Beauty 7.0 juga tersedia bagi membolehkan rakaman selfie cantik dirakam.

Vivo
Sumber foto: Amanz.my

V7 akan mula dijual secara rasmi pada 24 November ini dengan dua pilihan warna iaitu emas dan hitam, pada harga RM 1,299. Anda juga boleh melakukan pra-tempahan bermula hari ini bagi mengelakkan kehabisan peranti ini.

BACA JUGA :   PERKESO Melakukan Ujian Saringan COVID-19 Terhadap Pekerja Warga Asing.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Layari Daulah Online Bookstore, Kedai Buku Online Yang Menawarkan Buku-Buku Bestseller Idaman Anda Dengan Harga Termurah Di Malaysia!
Daulah.com

Sumber:

Dipetik & diolah dari Amanz.my

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here