KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengingatkan orang ramai supaya tidak mudah terpedaya sekiranya menerima panggilan telefon mendakwa daripada institusi kewangan ataupun pihak polis kerana dikhuatiri ia panggilan palsu.

Ini susulan banyak aduan diterima PDRM daripada mangsa yang terpedaya dengan panggilan palsu berkenaan yang dikategorikan sebagai ‘telecommunication fraud’ atau Macau Scam, kebelakangan ini.

Macau Scam

Menurut Ketua Komunikasi Korporat PDRM, Urus Setia Ketua Polis Negara (KPN), Datuk Asmawati Ahmad, siasatan mendapati penipuan berkenaan didalangi sindiket dari Taiwan dan China yang menggunakan talian antarabangsa dari Hong Kong dan tempatan.

“Macau Scam membabitkan empat kategori modus operandi iaitu cabutan bertuah (lucky draw), tipu culik dan minta wang tebusan, ‘spoofing’ penyamaran sebagai pegawai polis atau agensi kerajaan dan ‘spoofing’ penyamaran sebagai pegawai Bank Negara Malaysia (BNM) atau bank komersial.

Selain empat modus operandi terbabit, polis turut mengesan helah dan taktik lain yang digunakan sindiket penipuan terbabit untuk memperdaya mangsa antaranya dakwaan langgar lari dan gagal membayar hutang pinjaman bank atau institusi kewangan.

“Justeru kita nasihatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada dan tidak mudah terpedaya dengan tipu helah itu sekiranya menerima panggilan telefon sedemikian.

BACA JUGA :   iKurnia: "Sekolahkan" Masyarakat Dan Polis Tentang Autisme

Macau Scam

Anda tidak perlu panic sebaliknya hubungi polis dan tidak memberikan apa-apa maklumat yang penting.

Info: Empat modus operandi penipuan Macau Scam

  1. Modus operandi penipuan cabutan bertuah (lucky draw)

Pengadu menerima panggilan telefon mendakwa memenangi pertandingan cabutan bertuah bernilai jutaan dolar dari syarikat Hong Kong atau Macau.

Pemanggil kemudiannya memberikan nombor telefon untuk dihubungi sekiranya mangsa mahu menuntut hadiah berkenaan.

Setelah bersetuju, pengadu dikehendaki membayar cukai dan insurans dengan cara memasukkan wang ke dalam akaun tertentu bagi menuntut hadiah terbabit.

Setelah selesai transaksi, pemanggil gagal dihubungi dan wang hadiah yang dijanjikan tidak diterima.

  1. ‘Spoofing’ penyamaran sebagai pegawai polis atau agensi kerajaan

“Spoofing adalah teknik di mana pemanggil (ahli sindiket) akan berkomunikasi menggunakan platform ‘voice over internet protocol (VoIP) bagi membolehkan pemanggil meletakkan sebarang nombor untuk memperdaya mangsa bahawa panggilan itu daripada nombor yang tertera di skrin,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mangsa menerima panggilan daripada individu yang mengaku sebagai pegawai mahkamah atau polis dan mendakwa mangsa terbabit dengan kegiatan haram seperti Ah Long, kongsi gelap dan pengedaran dadah.

BACA JUGA :   VIRAL : Ini Punca Sebenar Mengapa Kereta Polis Kena 'Clamp'

Mangsa kemudian diminta memindahkan wang daripada akaun banknya ke akaun tertentu, kononnya untuk mengelakkan akaun mangsa dibekukan oleh pihak berkuasa.

  1. ‘Spoofing’ penyamaran pegawai BNM atau bank komersial (kad kredit)

Mangsa menerima panggilan daripada seseorang yang mengaku sebagai pegawai bank dan mendakwa mangsa gagal membuat bayaran kad kredit.

Mangsa kemudian diarahkan untuk menghubungi seseorang kononnya pegawai dari BNM bagi mengelakkan nama disenarai hitam atau akaun bank dibekukan.

Mangsa akhirnya diperdaya untuk membuat pemindahan wang ke akaun tertentu melalui e-Banking atau melalui mesin deposit tunai (CDM).

  1. Tipu culik dan minta wang tebusan

Mangsa menerima panggilan daripada seseorang memaklumkan kononnya anak atau saudara mangsa diculik.

Mangsa diperdaya untuk memindahkan wang tebusan ke akaun pihak ketiga yang diberikan oleh pemanggil.

Sumber: Polis Diraja Malaysia


Teruskan layari Deenamik.com dan like FB page Deenamik untuk dapatkan info-info terkini serta isu-isu viral dari dalam dan luar negara.

Layari Daulah Online Bookstore, Kedai Buku Online Yang Menawarkan Buku-Buku Bestseller Idaman Anda Dengan Harga Termurah Di Malaysia!
Daulah.com

Sumber:

Dipetik & diolah dari Berita Harian

Facebook Comments