Jika anda inginkan telefon pintar yang murah dan terkini, anda boleh memilih ZenFone Max Plus (M1). Asus kini telah mengeluarkan telefon pintar yang berkualiti dan menarik perhatian.

Sebelum ini, Asus Malaysia telah menyatakan bahawa syarikat mereka akan menawarkan telefon pintar yang mempunyai skrin 18:9 ke pasaran tempatan tidak lama lagi.

Loading...

ASUS

Mengikut apa yang dikongsikan oleh Asus Malaysia, ZenFone Max Plus M1 ni akan menawarkan skrin bersaiz 5.7-inci pada badan bersaiz 5.2-inci. Telefon pintar dilengkapi sokongan nyahkunci berasaskan pengecaman wajah.

Zenfon Max Plus ini juga dilengkapi dengan “dual camera” yang mempunyai 16MP kamera hadapan dan juga belakang.

ASUS

ASUS

Telefon pintar ini mempunyai bateri yang tahan lama sebanyak 4130mAh untuk memberikan prestasi yang terbaik tertakluk kepada berapa banyaknya penggunaan anda.

Khabar angin mengatakan bahawa Asus akan menawarkan harga telefon pintar ini dengan harga bawah RM 1000.

Harga yang amat murah dan berpatutan bagi anda yang ingin mendapatkan telefon pintar yang baru.Syarikat Asus akan berkongsi dengan lebih lanjut mengenai telefon pintar ini pada 13 Disember 2017.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Layari Daulah Online Bookstore, Kedai Buku Online Yang Menawarkan Buku-Buku Bestseller Idaman Anda Dengan Harga Termurah Di Malaysia!
Daulah.com

Sumber:

Dipetik & diolah dari Amanz.my

 

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here