Berikutan kes pembunuhan kejam di stesen minyak di Taman Pelangi, Johor Bahru pada Ahad lalu enam individu, termasuk seorang wanita ditahan reman tujuh hari, bagi membantu siasatan tersebut.

Majistret Noor Aisyah Ahmad membenarkan permohonan polis mendapatkan reman dan memerintahkan semua suspek ditahan selama tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

individu

Sementara itu, selepas tiga hari berada di Pusat Peringatan Nirvana di Jalan Skudai, dekat sini, mayat mendiang mangsa pembunuhan kejam itu dibawa ke Taman Peringatan Jelutong di Melaka untuk disemadikan, pagi tadi.

Ahli keluarga mendiang tiba seawal jam 8 pagi untuk memberi penghormatan terakhir sebelum mendiang dibawa menaiki kenderaan mayat jenis Mercedez E250 CGI, kira-kira jam 9.50 pagi.

Turut kelihatan, wanita dipercayai isteri mangsa, yang juga warga Vietnam serta anak lelaki mangsa.

individu

Dalam kejadian jam 7.30 malam itu, mangsa maut selepas ditikam sebelum dilanggar dan digilis ketika mengisi angin tayar di sebuah stesen minyak di Jalan Sri Pelangi, Taman Pelangi.

Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada dada kiri.

Sebelum serangan, mangsa bersama isterinya yang menaiki Volkswagen Polo berhenti di stesen minyak terbabit untuk mengisi angin tayar kereta.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Dipetik dan diolah dari BeritaHarian

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here