Peminat muzik KPop seluruh dunia digemparkan dengan berita cukup mengejutkan, penyanyi yang merupakan penyanyi utama kumpulan SHINee, Jonghyun ditemui mati di kediamannya yang terletak di Chundam-Dong, Seoul, pada 18 Disember (semalam).

Penyanyi utama SHINee, Kim Jonghyun

Sekitar jam 6 petang, kakak kepada Jong Hyun menjumpai adiknya itu dalam keadaan tidak sedarkan diri. Jonghyun terus dikejarkan ke hospital Universiti Konkuk namun dia disahkan sudah meninggal dunia.

Polis mengklasifikasikan kematian bintang berusia 27 tahun itu itu sebagai bunuh diri berikutan laporan polis yang dibuat oleh kakaknya pada kira-kira jam 4.42 petang semalam. Dalam laporan tersebut, kakaknya memberitahu polis, dia merasakan adiknya hendak membunuh diri.

Jonghyun
Kakaknya melaporkan kepada pihak polis berikutan adiknya itu memaklumkan mahu membunuh diri

Berdasarkan hasil siasatan setakat semalam, polis telah menjumpai kuali dan cecair coklat di kediaman artis itu. Cecair coklat itu dikenal pasti sebagai briket arang batu (coal briquette). Dia mati akibat terhidu racun karbon monoksida daripada arang batu yang di panaskan di dalam kuali.

Sementara itu, beberapa jam sebelum meninggal dunia, Jonghyun sempat menghantar mesej kepada kakaknya,

“Sudah terlalu berat segalanya bagi saya. Tolong biarkan saya pergi. Beritahu semua orang yang saya menghadapi masa yang sukar. Ini adalah ucapan selamat tinggal yang terakhir saya,” tulis mendiang.

Selain itu, kali terakhir dia memuat naik laman sosial Instagram miliknya ialah pada 20 November lalu. Jonghyun memuat naik bait lirik lagu nyanyi Dear Cloud bertajuk Beside You berserta kapsyen “berdoalah agar kau tidak disakiti”.

Jonghyun
Post terakhir Jonghyun di laman Instagramnya

Posting tersebut seolah-olah menggambarkan dia tertekan ekoran beberapa isu dan kontroversi yang mengaitkan anggota SHINee sejak kebelakangan ini. Berkemungkinan penyanyi tersebut mengalami depresi akibat isu yang telah melanda kumpulannya.

Laporan media Korea juga menyebut, Jonghyun telah mendaftar dirinya sebagai penderma organ.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Kredit : Artikel ini dipetik daripada Malaysian Digest

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here