Perhatian buat anda, nampaknya terdapat beberapa jalan yang akan ditutup berikutan dengan pembinaan MRT.

Jalan raya yang termasuk dalam senarai penutupan pada tahun hadapan ialah:

  1. Jalan St Thomas (4 Disember 2017 – 2018)

Jalan ini akan ditutup untuk pembinaan MRT Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya. Jalan ini dijangkakan akan ditutup sepanjang 100 meter. Selain itu, kedai “Chip Huat Electrical & Hardware” akan ditutup buat sementara waktu dan jalan alternatif akan dibuka.

  1. Jalan Ipoh (4 Disember 2017-2018)

jalan raya

Menurut Syarikat IJM, Jalan Ipoh juga terlibat dalam penutupan jalan raya. Semasa pembinaan tersebut, pemandu motosikal yang akan menuju ke Jalan Ipoh perlu mengikut jalan yang telah ditetapkan.

  1. Jalan Kepong (Oktober 2017-Februari 2018)

jalan raya

Pembinaan MRT juga akan dikendalikan di jalan ini. Tarikh dan tempat yang berkemungkinan terlibat adalah:

  • Penutupan jalan sepanjang Jalan Kepong – Balai Polis Kepong (laluan menghala ke Sungai Buloh dan Jinjang) (11 pagi – 6 petang, 29th Nov 2017 – 27th Feb 2018)
  • Penutupan jalan sepanjang Jalan Kepong – Kedai perabot Li Meng (laluan menghala ke Sungai Buloh dan Jinjang) (11 pagi – 6 petang, 29th Nov 2017 – 27th Feb 2018)
  • Penutupan jalan dan laluan parking Jalan Kepong – Bangunan rumah kedai Desa Jaya (laluan menghala ke Sungai Buloh dan Jinjang) (11 pagi – 6 petang, 29th Nov 2017 – 27th Feb 2018)
  • Penutupan jalan sepanjang Jalan Kepong-AEON Big Kepong (laluan menghala ke Sungai Buloh dan Jinjang) (11 pagi – 6 petang, 29th Nov 2017 – 27th Feb 2018)
  • Penutupan sepanjang Jalan Kepong di bawah jambatan MRR2 (laluan menghala ke Kepong, Selayang dan Sungai Buloh) (11 pagi – 6 petang, 10th Nov 2017 – 11th Jan 2018)
  • Penutupan jalan sepanjang Jalan Kepong (laluan menghala ke Jinjang) di Pekan Lama Kepong (24 jam setiap hari, 26th Oktober 2017 – 26th Jan 2018)
  • Penutupan jalan pada waktu malam Night sepanjang Jalan Kepong (laluan menghala ke Jinjang Selatan, KL and Kepong) (10 malam – 6 pagi, 7th Oktober 2017 – 20th Disember 2017)
  1. Lebuhraya Pintasan Dengkil FT29 (24 Nov 2017 – 23rd Jan 2018)

jalan raya

Penutupan Lebuhraya Pintasan Dengkil FT29 Putrajaya (laluan menghala ke Utara dan Selatan) akan ditutup bermula 24 Nov sehingga 23 Jan 2018 (7 pagi – 7 malam, 8 pagi – 6 petang).

  1. Persiaran APEC (Nov 2017 – April 2018)

jalan raya

Jalan yang akan ditutup adalah:

  • Penutupan jalan secara berperingkat sepanjang Persiaran APEC (laluan menghala ke Utara dan Selatan) dari 23 November 2017 sehingga 11 April 2018 (8 pagi – 5 petang, 8 pagi – 1 petang)
  • Penutupan jalan secara jangka masa panjang sepanjang Persiaran APEC dari 1 November 2017 sehingga 31 Mac 2018 (7 pagi – 7 malam)
  1. Sungai Besi Highway (6th Disember 2017 – 5th Jan 2018)

jalan raya

Terdapat penutupan laluan kiri sepanjang Highway Sungai Besi (KM9.4 – KM 9.7) berdekatan Kampung Malaysia Raya (laluan menghala Sungai Besi) dari 9.30 pagi – 4.30 petang, 10 pagi – 5 petang.

  1. Jalan Pekan Sungai Besi (25th Nov 2017 – 19th Jan 2018)

Penutupan jalan sepanjang Jalan Pekan Sungai Besi antara 10 pagi – 5 petang dari 25 November sehingga 19 Januari 2018.

  1. Jalan Metro Perdana Barat (3rd Nov 2017 – 27th Feb 2018)

jalan raya

Jalan ini akan ditutup sehingga 27 Februari 2018 sepanjang hari untuk memudahkan kerja-kerja penyelengaraan.

  1. Seri Kembangan (30th Oktober 2017 – 19th Jan 2018)

jalan raya

Jalan raya Seri Kembangan juga akan ditutup sepanjang hari bermula 30 Oktober 2017 sehinggan 19 Januari 2018.

Di sini, hanya terdapat beberapa kenyataan tentang penutupan jalan berikutan pembinaan MRT. Sila layari laman web MRT untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai penutupan jalan yang akan dilakukan.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Layari Daulah Online Bookstore, Kedai Buku Online Yang Menawarkan Buku-Buku Bestseller Idaman Anda Dengan Harga Termurah Di Malaysia!
Daulah.com

Sumber:

Dipetik & diterjemah dari WOB

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here