Seorang wanita disyaki telah mencuri sebentuk cincin berlian dengan menelan barang kemas tersebut dari sebuah kedai emas di sebuah pusat beli-belah di Taman Bukit Indah, Johor Bahru.

Menurut Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Noor Hashim Mohamad, suspek berusia 43 tahun itu ditahan selepas rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kedai itu jelas menunjukkan tindakan wanita terbabit.

berlian
Asisten Komisioner Noor Hashim Mohamad

Pada mulanya, suspek tidak mengaku mencuri cincin berkenaan selepas pengurus kedai tersebut mendapati bahawa cincin itu hilang. Selepas menyemak CCTV, wanita tersebut didapati menelan cincin tersebut.

Pada kira-kira jam 3.30 petang, suspek bersama anak lelakinya pergi ke kedai emas itu bertujuan untuk melihat barang perhiasan di premis berkenaan.

berlian
Gambar Hiasan

Awalnya, tiada apa-apa yang pelik berlaku dan suspek memilih serta melihat barang perhiasan yang dipamerkan.

Suspek kemudian meminta air teh untuk minum dan selepas itu, mangsa menyedari sebentuk cincin hilang,” katanya.

Menurutnya, kedai emas itu mengalami kerugian bernilai RM20, 399 akibat tindakan suspek.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri dalam bangunan.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Dipetik dan diolah dari HarianMetro

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here