Telekung Siti Khadijah (juga dikenali sebagai SK) adalah telekung yang digemari ramai kerana mempunyai kualiti yang sangat baik dan elok. Telekung ini juga sangat selesa dipakai.
Kunjungan jenama telekung nombor satu Malaysia ini ke Britain baru-baru ini menjadi bualan hangat di kalangan Muslimah di negara empat musim itu sekali gus mencetus fenomena.
Dalam usaha menjadi pihak yang pertama memperkenalkan telekung secara komersil di peringkat antarabangsa, SK memilih pasaran United Kingdom sebagai destinasi ketiga selepas Indonesia. Mengambil kira cuaca di negara empat musim, telekung SK sesuai dan selesa disarung bila-bila masa.
Mohammad Munzir juga merangka pengarah pemasaran SK berkata muslim di Britain terdiri daripada kepelbagaian latar belakang etnik. Justeru ia menjadi kelebihan untuk pihaknya memperkenalkan telekung dengan lebih meluas di sana.
Difahamkan kebanyakan Muslimah di Britain tidak pernah mengetahui kewujudan telekung, iaitu pakaian khas untuk solat. Ada di antara mereka hanya pernah melihat Muslimah dari Malaysia dan Indonesia memakai pakaian serba putih (telekung) ketika menunaikan Umrah dan Haji.
Rutin pemakaian solat mereka lebih kepada menyarung jubah dan selendang yang turut menjadi pakaian biasa mereka. Itu salah satu faktor membuatkan mereka tertarik dengan telekung SK.
Sebanyak 10 koleksi terbaru telekung SK diperkenalkan di pentas Muslim Lifestyle Expo (MLE) 2017 yang bertempat di EventCity, Manchester diikuti dengan penglibatan SK sebagai salah satu penaja di acara festival IlmFest London di Intercontinental London – The O2 pada awal November lalu.
Sesi peragaan koleksi tersebut dijayakan oleh ikon Muslimah Nur Arisa Maryam dan bintang Youtube Nabiilabee.
Koleksi telekung terbaru SK yang dilancarkan di United Kingdom turut boleh didapati secara online di www.sitikhadijah.com dan di semua cawangan Siti Khadijah di Malaysia dan Indonesia.
Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.
Layari Daulah Online Bookstore, Kedai Buku Online Yang Menawarkan Buku-Buku Bestseller Idaman Anda Dengan Harga Termurah Di Malaysia!
Sumber:
Dipetik & diolah dari MD