Kemunculan lelaki berpakaian watak utama siri animasi Dragon Ball, Son Goku di sebuah gerai menjual kuih tradisional di sini menjadi topik bualan hangat di media sosial.

Gambar lelaki berambut putih itu mula tular minggu lalu dan mendapat pelbagai reaksi pembaca dengan kebanyakannya menyifatkan ia sebagai tarikan baru.

kuih

Selain itu, kebanyakan pengguna laman sosial khususnya dari Terengganu mengakui mengenali lelaki itu yang digelar Pok Lam.

Menurut pengguna Facebook, Pok Lam ialah pemilik gerai kuih tradisional Terengganu, kuih menganang dan kuih bakar di Jalan Bukit Bayas dan sifatkan dia sebagai seorang ‘legend’.

Ditanya mengenai kepuasan mengenakan pakaian watak kartun itu, katanya, dengan sambutan yang menggalakkan, ia berbaloi selain dapat menghiburkan hati pelanggan.

BACA JUGA :   LANGKAH PERTAMA BAGI MEMULAKAN PERNIAGAAN

Menurutnya, dengan sambutan hangat yang ditunjukkan ini, ia amat berbaloi walaupun dia terpaksa berbelanja lebih bagi membeli tiga kostum yang ada buat masa ini.

Nilai pakaian ini juga tidak menentu, ada yang RM100 lebih, ada yang RM200 lebih. Macam pakaian Goku, bagi harga penuh untuk set lengkap dari kasut hingga ke rambut mencecah RM500.

Roslan yang berasal dari Kampung Gelong Gajah berkata, sebenarnya dia sekeluarga merancang berpakaian karakter animasi itu sepanjang Ramadan ini bagi memberikan kelainan ketika berniaga kuih di gerainya itu.

kuih

Pakaian ini sebenarnya untuk dipakai sepanjang berniaga pada bulan puasa nanti. Jadi, ini adalah percubaan. Tapi kita nampak ramai yang suka dan rasa ia adalah sesuatu yang baru, lain dari yang lain.

BACA JUGA :   Anda Usahawan? Ketahui Sebab- sebab Penting Pemasaran Dalam Perniagaan

kuih

“Jadi, Insyaa-ALLAH, sepanjang Ramadan ini nanti saya termasuk semua pekerja yang dijangka bertambah hingga 10 orang di gerai ini akan memakai pakaian siri animasi Jepun dengan pelbagai  watak bagi memberi kelainan kepada pelanggan,” katanya yang kini dibantu seramai empat pekerja.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Dipetik dan diolah dari SinarHarian

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here