bunuh diri
Sumber foto : World of Buzz

Seorang pelajar Tingkatan 2 SMK Methodist di Nibong Tebal dilaporkan cuba bunuh diri setelah dituduh mencuri iPhone 6 milik gurunya. Pelajar itu kini masih koma dan sedang dirawat di Hospital Seberang Jaya.

Mengapa dia mahu bunuh diri ?

Dilaporkan, pelajar perempuan bernama Vasanthapiriya itu telah didera secara mental oleh guru-gurunya. Tiga orang guru telah memanggilnya masuk ke dalam sebuah bilik berkunci untuk disoal-siasat. Bukan itu sahaja, suami kepada salah seorang guru itu turut mengugut untuk membuat laporan polis sekiranya dia tidak mahu mengaku mencuri iPhone 6 milik guru tersebut.

Guru-guru itu tidak membenarkan Vasanthapiriya untuk ke tandas selama 5 jam semasa dia dikurung. Kawan-kawannya ada memberitahu guru bahawa Vasanthapiriya tidak mencuri telefon bimbit tersebut namun tidak diendahkan.

BACA JUGA :   Kecoh kejadian di Jambatan Pulau Pinang lagi, seorang lelaki cuba bunuh diri
bunuh diri
Pihak keluarga pelajar perempuan itu

Guru berserta suaminya kemudian pergi ke rumah pelajar perempuan itu untuk bertemu dengan ibu bapanya. Menyedari kehadiran guru itu, dia terus lari masuk ke dalam bilik. Di situlah dia membuat keputusan untuk bunuh diri dengan menggantung dirinya menggunakan sehelai selendang yang diikat pada bahagian siling rumah. Perkara itu diketahui oleh bapanya setelah beberapa kali anaknya itu tidak menjawab panggilan telefon.

Nasib baik, dia masih hidup ketika ditemui namun berada dalam keadaan tidak sedarkan diri. Menurut laporan hospital, otaknya sangat terjejas kerana organ gagal berfungsi. Mungkin kerana tercekik akibat menggantung diri. Dia turut meninggalkan sekeping nota yang bertulis, “Cikgu, saya tak ambil telefon cikgu” dan juga ucapan selamat tinggal untuk ibu bapa dan neneknya.

BACA JUGA :   Dengan bunuh diri mampu selesaikan masalah ?!
bunuh diri
Sumber foto : BeritaDaily.com

Keluarga pelajar perempuan itu telah menggesa pihak polis untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap guru terbabit.

Menurut salah seorang jurucakap, ada beberapa cubaan untuk menyalahkan pelajar itu dan bapanya di atas segala yang berlaku. Tetapi, ramai pihak menyokong keluarga si mangsa dan akan memastikan pelajar perempuan itu mendapat keadilan yang sewajarnya.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here