Selamat datang ke perkampungan paling sejuk di dunia dengan suhu purata pada Januari adalah -50 darjah Celsius.

Keadaan itu boleh menyebabkan bulu mata penduduk kampung boleh membeku hanya seketika apabila berada di luar rumah.

dunia

Kampung Siberia yang terpencil di Oymyakon merupakan kampung yang berpenghuni paling sejuk di dunia.

Suhunya semakin sejuk apabila termometer elektronik baru rosak selepas mencatatkan rekod suhu -62 darjah Celsius.

dunia
Stesen kaji cuaca di kampung itu mencatatkan -59 darjah Celsius, tetapi penduduk setempat mengatakan bahawa bacaan mereka serendah -67 darjah Celsius, kurang 1 darjah Celsius daripada suhu terendah yang boleh diterima untuk penempatan tetap di mana-mana sahaja di dunia.

Catatan tersebut memecah rekod yang diperoleh di bandar itu pada 1933.

dunia
Termometer digital berkenaan dipasang pada tahun lepas bagi membantu Oymyakon mempromosi kepada pelancong, tetapi catatan menunjukkan suhu -62 darjah Celsius.

Termometer rosak kerana terlampau sejuk.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Dipetik dan diolah dari TheMalaysianDigest

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here