kemalangan

Empat sekeluarga termasuk seorang bayi lelaki berusia enam bulan maut apabila kereta yang mereka naiki bertembung dengan sebuah lori di Jalan Klang – Teluk Intan, di Air Manis, Sabak Bernam dekat sini tengah hari Selasa.

Loading...

Mangsa dikenali sebagai Abd Rahim Abd Ghani, 61, isterinya Siti  Fatimah Amat, 55, dan anak mereka Munira Abd. Rahim, 30, maut di tempat kejadian.

Sementara itu, bayi  lelaki Aniq Anaqi Mohd Fazzli, anak kepada Munira,  meninggal dunia di Wad Kecemasan Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ), Sabak Bernam.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam Supt Nor Azmi Isa berkata dalam kejadian kira-kira 12 tengah hari di kilometer 43 jalan berkenaan, kenderaan jenis Perodua Kancil yang dinaiki keempat-empat mangsa dipercayai hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan sebelum berlaku pelanggaran secara berdepan dengan  sebuah lori.

“Mangsa dipercayai dari arah Sabak Bernam menghala ke Sungai Besar manakala lori pula dari arah bertentangan,” katanya ketika dihubungi di sini pada Selasa.

BACA JUGA :   Hari Pertama Persekolahan, Kanak-Kanak Menderita Kaki Tersangkut Dalam Lubang Tandas Selama Setengah Jam

“Pemandu lori pula hanya mengalami kecederaan ringan. Punca  kemalangan sedang disiasat dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintenden Nor Azmi Isa mengesahkan kejadian tersebut selain memaklumkan kesemua mangsa dipercayai berasal dari Tanjung Karang itu mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan badan akibat pelanggaran berkenaan.

kemalangan

Sementara itu, Ketua Cawangan Pengurusan Operasi dan Balai Bomba Selangor, Alimaddia Bukri  berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 12.04 tengah hari dan tujuh anggota dikerahkan ke tempat kejadian

“Bomba mengambil masa kira-kira 30 minit untuk mengeluarkan mangsa menggunakan alat pemotong hidrolik berikutan keadaan kereta yang remuk dengan teruk,” katanya.

BACA JUGA :   Kanak-Kanak 2 Tahun Mati Lemas Dalam Kereta Ibu

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Sumber: BERNAMA

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here