Kebiasaannya, air sirap yang dicampur dengan biji selasih atau kanak-kanak suka memanggil ia sebagai ‘telur katak’. Tapi ramai kini yang keliru antara biji selasih dan biji chia (chia seeds) yang semakin popular sebagai makanan kesihatan. Walaupun rupa dan cara penggunaan ia sama tapi biji selasih dan biji chia tetap berbeza jenis.
Biji Selasih amat sedap apabila dicampurkan dalam apa jua jenis minuman, ini kerana rasanya yang unik itu sememangnya menjadi kegemaran sesiapa sahaja.
Biasanya biji kering atau biji selasih yang telah direndam di dalam air adalah amat mudah untuk diperolehi di pasaran tradisional atau di pasar-pasar raya, harganya juga sememangnya agak murah, ini adalah kerana anda hanya perlu membelanjakan wang berjumlah RM1.00 bagi setiap pek.
Disini kami kongsikan beberapa kebaikan Dan Manfaat Biji Selasih Untuk Kesihatan anda.
#1. Menurunkan Berat Badan
Biji selasih kaya dengan fiber dan ia akan membuat anda rasa kenyang dan tidak lapar. Ini bagus untuk anda yang ingin mengawal nafsu makan atau lapar. Tambah biji selasih didalam minuman (non-sugary) anda dan biar membantu anda untuk kekal berdiet.
#2. Penghadaman
Selalu menghadapi masalah sembelit, kejang perut, kembung perut, dan lain-lain masalah penghadaman. Dengan mengambil air campuran biji selasih, boleh melegakan ketidakselesaan anda. Cubalah!
#3. Jangkitan Kulit
Bagi para ibu yang berhadapan dengan anak yang mengalami masalah kulit seperti ekzema atau psoriasis. Anda boleh lakukan rawatan awal dengan menggunakan biji selasih. Caranya mudah, cuma hancurkan biji selasih dan campurkan bersama minyak kelapa, kemudian sapukan ditempat yang bermasalah.
#4. Rendahkan Suhu Badan
Badan panas akibat cuaca terik diluar atau mengalami demam panas, lupakan minuman sejuk ais. Ambil sahaja air kosong dicampur biji selasih. Anda akan rasa ia perlahan-lahan menyejukkan badan anda.
#5. Menyihatkan Rambut
Kuasa dari sumber protein, vitamin K dan zat besi didalam biji selasih bagus untuk rambut dan ia membantu untuk menyihatkan rambut dari akar hingga hujung.
#6. Sebagai ‘Ubat Penenang’
Anda dah boleh tinggalkan pengambilan ubat tahan sakit atau panadol, gantikan dengan minuman biji selasih. Percayalah, ia mampu melegakan sakit kepala, migrain, tekanan dan ketegangan urat.
Biji selasih ianya lengkap dengan nutrien berkhasiat untuk diet harian. Biji selasih lengkap dengan nutrien pekat seperti kabohidrat, vitamin, mineral, lemak dan juga fiber. Seperti makanan tambahan yang lain, jika biji selasih ditambah didalam makanan harian salad dan pencucu mulut. Ia pasti dapat memberi kesan baik di dalam diet anda.
Jadi bagi anda yang masih lagi susah nak cari biji chia, guna sahaja biji selasih. Lebih mudah didapati dan khasiat yang diberikan juga sama bagus dengan benih chia.
Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.
Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com
Sumber: WANISTA.COM