Wajarkah Penggunaan Gadis Litar Dalam F1?

Anda semestinya dapat melihat bahawa setiap kali adanya perlumbaan Formula Satu (F1) penggunaan gadis litar adalah antara salah satu perkara yang utama dititik beratkan oleh pihak mereka.

Formula 1

Adakah anda merasakan bahawa penggunaan gadis litar adalah satu perkara yang perlu untuk digunakan? Adakah anda merasakan bahawa dengan cara sebegitu wanita seperti digunakan sebagai objek untuk menarik perhatian para penonton?

F1 Berhentikan Penggunaan Gadis Litar

Jika anda merasakan seperti itu, jangan risau penguatkuasaan untuk menghentikan pengunaan gadis litar akan dijalankan mulai musim 2018.

Formula 1

Penganjur Formula Satu (F1) telah mengambil keputusan drastik untuk menghentikan penggunaan gadis litar dalam sebarang urusan perlumbaan termasuk ketika acara perarakan.

Menurut media antarabangsa, perlumbaan pembuka tirai siri F1 2018 iaitu Grand Prix (GP) Australia di litar Melbourne pada 23 Mac depan bakal menjadi titik permulaan terhadap perubahan terbaharu tersebut.

Formula 1

Penggunaan gadis litar ini sudah menjadi amalan biasa dalam F1 berdekad lamanya, mereka merasakan bahawa penggunaan gadis-gadis tidak lagi sesuai dengan nilai penjenamaan dan norma kehidupan pada zaman moden sekarang.

BACA JUGA :   Najwa Pemain Bola Jaring Pertama Dilamar Ke Luar Negara

Menurut Sean Bratches yang merupakan Pengarah Urusan Operasi Pengiklanan F1, dia tidak mempercayai amalan ini masih relevan dengan perlumbaan F1 untuk peminat lama dan baru di seluruh dunia.

Keputusan F1 Menjadi Bualan Orang Ramai

Isu ini juga menjadi topik perbualan dalam kalangan pengguna media sosial di seluruh dunia malah disambut baik oleh Badan Amanah Sukan Wanita Britain yang segera memberi respon terhadap perkara ini.

Formula 1

Mereka amat berterima kasih di atas keputusan F1 dan merasakan bahawa mereka melakukan pilihan yang bijak tentang visi dan misi F1 yang sebenarnya.

Hanya beberapa jenis sukan yang masih menggunakan gadis ketika pertandingan berlangsung atau pada majlis penyampaian hadiah antaranya berbasikal, tinju profesional dan sukan tempur seperti UFC.

BACA JUGA :   Selamat Tinggal Sepang : Tiada Lagi Acara Formula 1 Di GP Malaysia Selepas Ini

Formula 1

Semestinya, di sebalik keputusan yang dibuat. Ada pihak yang tidak bersetuju dengan pendapat kita. Media Britain mempertikaikan keputusan F1 dan menyifatkan tindakan itu boleh membunuh sukan tersebut.

F1 bermula sejak 1950 sebagai perlumbaan kereta kelas tertinggi yang diiktiraf oleh Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA). Pada tahun lalu, F1 telah diambil alih oleh firma berpangkalan di Amerika Syarikat, Liberty Media Corporation.

Sukan Lain Yang Menghentikan Penggunaan Gadis

Sebelum ini, sukan darts turut mengambil langkah sama melarang menggunakan khidmat wanita untuk menjadi pengiring dalam mana-mana kejohanan.

Formula 1

Mereka menjelaskan penggunaan wanita seksi sebelum pertandingan bermula ‘adalah janggal dengan norma dunia moden’ selain cuba mengeksploitasi golongan tersebut seumpama objek seksual.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here