Ginza

Sebuah lagi hotel telah dibuka di kawasan Ginza, Tokyo pada minggu ini. Hadir dengan nama Henn na Hotel yang membawa maksud ‘hotel aneh’ di dalam Bahasa Jepun, hotel ini ternyata berjaya menawarkan pengalaman yang sangat berbeza buat para pengunjung.

Bilangan pekerja yang dipenuhi dengan robot berbanding manusia antara yang cuba ditawarkan melalui Henn na Hotel. Memasuki Henn na Hotel, keadaan hotel ini ternyata tidak jauh bezanya berbanding hotel-hotel yang lain.

Semuanya akan berubah sebaik sahaja anda bertemu robot pelayan pertama di hotel ini yang bertugas sebagai penyambut tetamu ‘wanita’.Ginza

ginza

Menariknya, para pengunjung berpeluang untuk menjalankan proses check-in dengan berinteraksi bersama robot pelayan ini. Suasana di dalam bilik hotel sangat selesa buat pengunjung yang menginap di hotel tersebut.

BACA JUGA :   Lapangan Terbang Soekarno Hatta Sediakan Hotel Kapsul & Sleeping Pod

Ginza

Bagi memudahkan pengguna, robot ini telah diprogram untuk bertutur dalam empat bahasa iaitu Bahasa Jepun, Bahasa Inggeris, Mandarin dan Bahasa Korea.

Robot-robot yang bertugas di hotel ini juga ditugaskan dengan skop kerja yang berbeza dimana ada diantara bertugas sebagai tukang bersih dan yang paling cool sudah robot ‘dinosaur’ yang bertugas sebagai barista.

Untuk pengetahuan anda, Henn na Hotel yang baru sahaja dibuka di Ginza ini merupakan cawangan kelima mereka di Jepun dan syarikat ini berhasarat untuk membuka lebih 100 cawangan di negara ini.

Kalau mahukan kelainan dalam percutian anda, harga untuk menginap di hotel ini bermula sekitar 7,000 yen (RM247.17). Sememangnya harga yang berbaloi untuk sebuah pengalaman yang baru. Mungkin hotel ini boleh dimasukkan kedalam wishlist anda sekiranya berkunjung ke Ginza.

BACA JUGA :   HOTEL UNIK & MENARIK SEPERTI PERCUTIAN RM200,000 NEELOFA

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminenamik.comat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik

Sumber: Vocket

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here