Kek Untuk Hari Lahir Anda!

Kek merupakan antara salah satu makanan yang dikatakan perlu ada dalam setiap sambutan hari lahir dan didatangkan dalam pelbagai bentuk dan rasa, mengikut cita rasa anda.

Naan Cheese RSMY

Loading...

Warganegara Malaysia semestinya lahir dari golongan yang kreatif dan gemarkan inovasi terbaru. Anda semestinya mengetahui tentang kek yang diinspirasikan dari nasi lemak dan juga terdapat kek yang diperbuat dari roti canai. Wah, sungguh menarik!

Pilihan Kek Terbaru?

Jika anda merancang ingin membuat sambutan hari lahir, semestinya anda perlu mempertimbangkan pilihan terbaru kek yang membuatkan orang ramai menggemarinya.

Naan Cheese RSMY

Lagi-lagi jika anda seorang yang ingin mengekalkan konsep cara pemakanan rakyat Malaysia. Anda perlu mencubanya dan saya rasa kosnya tidak terlalu tinggi. Lagipun, ia amat menarik perhatian!

BACA JUGA :   4 Jenis Makanan Yang Membuatkan Anda Cepat Gemuk

Kek Menarik Perhatian?

Anda semestinya tertanya-tanya, kek ini diperbuat dari tepung, yis, susu, mentega dan keju. Hm, kek apakah ini? Kek ini bukanlah “cheesecake” yang menjadi kegemaran setiap penggemar keju.

Wah, Kek Naan Keju Oleh RSMY!

Memperkenalkan “Kek Hari Lahir Naan Cheese oleh RSMY Pembuat Naan Cheese Terbaik”!

Naan Cheese RSMY

Menurut RSMY di laman Facebook mereka, kek yang menggiurkan ini baru sahaja dilancarkan pada 26 Januari. Kek ini diperbuat dari beberapa keping roti naan yang ditimbunkan. Perkara yang paling menarik tentang kek ini adalah keju yang meleleh keluar dari naan tersebut.

Dengan melihat gambar sahaja, semestinya anda terliur!

Naan Cheese RSMY

Naan Cheese RSMY

Naan Cheese RSMY

Kek ini berharga RM 40 dan disertakan dengan lilin dan juga satu hiasan untuk diletakkan di atas kek tersebut. Anda boleh menempahnya pada bila-bila masa sahaja.

BACA JUGA :   6 Promosi Menarik Dari Gerai Makanan Kegemaran Anda!

Naan Cheese RSMY

Ataupun anda boleh datang ke restoran mereka dan menempahnya. Akan tetapi kek ini hanya terdapat di Danau Kota dan Setapak sahaja.

Naan Cheese RSMY

Jika anda gemarkan kelainan, kek ini semestinya menjadi pilihan yang tepat buat anda. Lagi-lagi jika anda merupakan penggemar keju.

Apa yang anda tunggu lagi? Tempahlah kek naan cheese buat rakan-rakan, ahli keluarga atau sesiapa sahaja.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here