Pasukan Johor Darul Ta’zim berjaya membenam pasukan lawannya iaitu Kedah pada sabtu baru-baru ini. Kemenangan dicapai dalam saingan piala Sumbangsih. Dengan kemenangan itu, pasukan JDT telah menghadiahkan TMJ sebuah kereta mewah iaitu Aston Martin bernilai 1.4 juta.

 

Hadiah tersebut diberikan oleh barisan pemain dan kejurulatihan Johor Darul Ta’zim bersempena kemenangan dan penghargaan apabila berjaya menjulang kembali kemenangan Piala Sumbangsih buat kali ke-10 pasukan tersebut.

Kereta mewah Aston Martin berwarna merah biru sebagai pilihan mereka, kerana konsep yang melambangkan bendera Johor.

Aston Martin

Hadiah yang diberikan kepada Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Ibrahim menjadi perbualan orang ramai di laman facebook. Pengguna facebook ada menyatakan @Matt Adil berkata: “Ini bukti pengurusan kelab terbaik, hinggakan pemain dan barisan kejurulatihan pun mampu hadiahkan pemilik kelab sebuah kereta dengan harga ratusan ribu ringgit.”

“Kalau pengurusan kelab tak bagus, gaji selalu culas dibayar, jangankan kata hadiah pada orang lain..pemain nak bayar kereta sendiri dekat bank pun sangkut,” kongsinya di laman Facebook.

Selalunya pemilik yang akan memberikan hadiah kepada pemainnya apabila menunjukkan prestasi cemerlang di pentas dunia bolas sepak, tapi kali ini, pemilik pula mendapat sebuah kereta mewah Aston Martin.

Aston Martin

Perlawanan yang berlangsung di Stadium Tan Sri Yunos, pada Sabtu malam, gawang berjaya diboloskan oleh skuad Ramon Marcotte apabila berhasil membuka ruang pada minit ke-15 menerusi Pablo Pallares.

Sepanjang perlawanan berlangsung pasukan JDT menunjukkan permainan yang agak mantap dengan gerakkan-gerakkan menarik untuk membolosi gawang pihak lawan. Walaubagaimanapun, pasukan Kedah selaku juara bertahan gagal menyamakan kedudukan sehingga wisel penamat dibunyikan oleh pengadil.

Diakhiri dengan kemenangan milik Johor Darul Ta’zim (JDT), trofi pembukaan Liga Malaysia tahun ini berjaya dibawa pulang semula. Juga skuad JDT pernah memegangnya dua kali berturut-turut pada 2015 dan 2016.

Teruskan layari Deenamik.com dan like FB page Deenamik untuk dapatkan info-info terkini serta isu-isu viral dari dalam dan luar negara.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here