tmj mahathir
Kredit foto : Suara TV

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim baru-baru ini mencuri tumpuan ramai apabila memuat naik status yang seolah-olah memberi cadangan kepada rakyat Johor supaya tidak memilih parti pembangkang yang diterajui Tun Mahathir pada PRU 14 yang akan datang.

Tun Mahathir TMJ

Sejurus selepas itu, ramai pihak yang menegaskan bahawa TMJ tidak sepatutnya bersikap sedemikian memandangkan setiap individu mempunyai hak masing-masing dalam memilih parti yang dirasakan sesuai untuk memerintah. Tidak mengejutkan, majoriti rakyat yang tidak bersetuju dengan kata-kata TMJ itu adalah daripada rakyat Johor sendiri.

Justeru, dalam status terbarunya, TMJ menjelaskan bahawa dia bukanlah mahu menghasut rakyat untuk memilih mana-mana parti politik. Beliau hanya bersifat neutral dan hanya mahukan pemimpin yang terbaik untuk rakyat Johor.

TMJ
Status yang dimuatnaik TMJ di laman FB Johor Southern Tigers

“Saya tidak cakap saya sokong Tun Mahathir, Dato Seri Najib atau sokong mana-mana pihak. Saya jenis berterus-terang. Sebelum ini ada kesalahan yang telah dilakukan oleh Dato Seri Najib, saya tegur! dan juga apabila Tun Mahathir ada isu pun saya tegur.

“Saya tidak menyebelahi mana-mana pihak dan tidak menyokong sesiapa. Saya hanya tidak bersetuju apabila sesetengah individu yang pernah ada krisis dengan negeri Johor cuba mengambil negeri Johor!

“Kerana ini negeri saya. Negeri yang ayahanda saya dan datuk moyang kami mempertegakkan apabila berlaku sebarang krisis. Takkan begitu mudah rakyat lupakan krisis tersebut ?

Bertitik-tolak daripada kenyataan TMJ itu, Tun Mahathir dengan nada sinis berterima kasih kepada TMJ tindakannya menjadikan pakatan Harapan semakin popular.

Tun Mahathir

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here