Apa planning anda hujung minggu ini? Dah tahu nak kemana? Bagi yang masih bujang, apa pulak planning anda untuk luangkan masa bersama rakan-rakan anda? Apa kata, anda ke negeri Melaka. Negeri yang penuh dengan sejarah rentetan pembukaan tanah melayu.

MelakaBandaraya bersejarah itu adalah jolokan nama yang diberi kepada Negeri Melaka. Negeri Melaka kaya dengan kesan peninggalan sejarah dan penuh dengan tarikan moden yang menjadikan Negeri Melaka destinasi tumpuan pelancong dalam dan luar negara.

Kebudayaan dan kesenian yang terdapat di Negeri Melaka membuatkan ia menjadi tarikan kepada pelancong luar untuk datang ke Melaka. Banyak tempat menarik yang boleh dikunjungi di Melaka. Disini kami senaraikan 5 tempat yang ‘best’ untuk anda lawati.

#1. FREEPORT A’FAMOSA OUTLET VILLAGE

Satu lagi yang menjadi tarikan pelancong ke Melaka ialah Freeport A’famosa Outlet Village. Tempat ini merupakan tempat untuk membeli belah yang baru dan tidak jauh beza dengan Johor Premium Outlet. Terdapat banyak jenama popular antarabangsa yang dibuka di sini. Antaranya ialah NIKE, Under Armor, Puma, Levis dan Sacoor Brothers. Dibuka setiap hari kepada orang ramai bermula jam 10pagi hingga 10 malam. Lokasinya terletak di Alor Gajah, Melaka.

Melaka

#2. THE SHORE SKY TOWER

Selain anda naik menara taming sari untuk melihat seluruh keindahan Bandaraya Melaka, anda juga boleh menaikki bangunan tertinggi di negeri ini pada tingkat 42 The Shore Sky Tower untuk melihat pemandangan seluruh Bandar Melaka. Cuma, kalau naik tu, anda perlu beranikan diri kerana lantai kaca lutsinar membuatkan anda merasai seperti berjalan atas angin.

Anda akan merasai pengalaman melihat akuarium yang penuh dengan ikan koi dan ada satu kawasan khas yang lantainya diperbuat oleh kaca lutsinar. Di sini anda akan melihat terus kebawah. Kalau yang hati kering tu… cubalah.

Dikenakan bayaran sebanyak RM 25 bagi dewasa dan RM18 bagi kanak-kanak. Dibuka setiap hari, dari jam 10.30 pagi hingga 11.00 malam, bertempat di The Store Shopping Galery, Melaka.

Melaka

#3. THE ORANG UTAN HOUSE

Jangan kata dekat Negeri Melaka tak dak Orang Utan ye? The Orang Utan House telah dibuka pada tahun 1992, dan dimiliki oleh Charles Cham iaitu pelukis tempatan. The Orang Utan House adalah sebuah studio peribadi beliau dan beliau berjaya mempamerkan karya lukisannya di pentas antarabangsa di negara seperti, Portugal,Switzerland, Singapore, Australia dan Hong Kong.

Anda akan lihat lukisan Orang Utan yang besar dipaparkan ditepi bangunan studio tersebut. Dibuka setiap hari kepada orang ramai, bermula jam 9.30pagi sehingga 5.30 petang. Terletak di 59 Lorong Hang Jebat, Bandar Melaka.

Melaka

#4. BABA NYONYA HERITAGE MUZIUM

Dibuka kepada orang ramai pada tahun 1985. Bertujuan untuk mempamerkan sejarah dan budaya kaum Peranakan di Negeri Melaka. Lebih menarik lagi, ia menggabungkan 3 lot teres ini adalah hak milik keluarga Baba dan Nyonya bernama keluarga Chan Yand yang datang menetap di Melaka, bertujuan untuk berniaga.

Keturunan Baba dan Nyonya telah berjaya memelihara banyak dari ciri-ciri dan perabot asal rumah ini. Hal ini menjadikan tempat ini sebuah destinasi ideal untuk sesiapa sahaja berkunjung, terutamanya bagi mereka yang meminati budaya kaum Peranakan ini.

Bayaran masuk dikenakan sebanyak RM16 bagi dewasa dan RM11 bagi kanak-kanak. Waktu operasi bermula jam 10 pagi hingga 1 petang dan 2petang hingga 5 petang. Dibuka setiap hari kepada orang ramai dan terletak di Jalan TunTan Cheng Lock, Melaka.

Melaka

#5. MELAKA SKYTREX

Buat pengetahuan anda, Skytrex bukan sahaja dibuka di Langkawi atau Shah Alam sahaja, namun di Melaka juga mempunyai cawangan yang sama. Di sini adalah tempat yang sesuai untuk anda yang gemar melakukan aktiviti lasak dan mencabar. Selain itu, terdapat juga aktiviti lain seperti flying fox, tree climbing dan aktiviti lain yang membuatkan anda gayat. Tempat ini sesuai untuk anda melakukan kamping, kawasan berkelah untuk berkumpulan dan macam-macam lagi.

Bayaran masuk dikenakan kepada anda sebanyak RM60. Dibuka pada hari Isnin hingga Ahad, sesi kemasukan terbahagi 2 iaitu pada jam 9 pagi dan 3 petang. Terletak di Taman Botani, Durian Tunggal, Melaka.

Melaka

Ini merupakan beberapa panduan kepada anda untuk lawati tempat menarik di Melaka. Banyak lagi tempat yang menarik yang wajib anda lawati bila berkunjung ke Melaka. Dapatkan banyak maklumat tentang tempat menarik di Melaka bagi memudahkan anda bergerak.

Kepada yang gemar berswafoto atau bergambar, tempat ini lah sesuai untuk anda lawati. Setiap tempat mempunyai keistimewaan tersendiri. Selamat Melancong!

Sumber : Mai Singgah 

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

 

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here