tempat

 

Hujung minggu dah dekat. Sudah ada perancangan untuk anda bawa anda anda kemana? Apa kata anda luangkan masa bersama anak-anak anda di tempat permainan yang sangat bagus untuk merangsang perkembangan minda anak-anak anda. Bukan sahaja menyeronokkan malah memberikan ilmu baru di tempat yang sungguh unik ini.

#1. THE KINGDOM/ THE PARENTHOOD

The Kingdom mula dibuka pada tahun 2015, terletak di Sunway Putra Mall. Tempat ini menjadi tumpuan ibu bapa membawa anak-anak bermain. Walaupun telah beberapa tahun beroperasi, kemudahan yang disediakan disini masih seperti baru. Taman permainan yang mengikut tema British, binaan seakan-akan istana, pastinya membuatkan anak-anak anda teruja. Tidak itu juga, anak-anak pasti akan teruja kerana ada aktiviti lain yang mereka boleh buat seperti flying fox, trampoline dan ‘mandi’ dalam ball pool. Selain itu, ada juga tau PS4 yang disediakan. Pastinya akan memberikan keseronokan kepada anak-anak anda.

Bagi mengetahui maklumat lanjut, layari www.theparenthood.com.my

tempat

#2. STARZ LIGHT KIDS

Ada dalam kalangan anak anda yang minat dengan angkasa lepas atau sains? Jadi, di Starz Light Kids yang terletak di Avenue k sesuai untuk anda luangkan masa bersama anak-anak anda hujung minggu ini. Buat ibu bapa yang ingin dedahkan anak anda dalam ilmu alam galaksi dan sains, berkunjunglah ke Starz Light Kids ini. Tempat ini akan membuka dan merangsang minda anak-anak anda. Bukan itu sahaja, fasiliti di sini turut mengasingkan laman permainan mengikut had umur kanak-kanak.

Bagi mengetahui maklumat lanjut, layari www.facebook.com/starlightkidsmy/

tempat#3. DREAMWORLD PLAYLAND

Dreamworld Playland yang terletak di Starling Mall, Uptown Damansara. Walaupun masih baru dibuka, namun, menjadi tempat tumpuan ibu bapa untuk membawa anak- anak untuk mengisi masa lapang. Bertemakan ais dan warna biru, kanak-kanak akan merasa seolah-olah berada di kutub utara. Melangkah sahaja ke sini, anak-anak perlu memakai sarung tangan sejuk dan ibu bapa dinasihatkan untuk membawa stoking untuk menjamin keselesaan mereka. Pastinya pengalaman manis yang sungguh menyeronokkan bila anda berkunjung ke sini.

Bagi mengetahui maklumat lanjut, layari www.facebook.com/pg/dreamworldplayland

tempat

#4. KIDS E- WORLD

Anak-anak anda pasti akan lebih teruja jika masa lapang mereka diisi dengan berkunjung ke Kids E-World di The Gardens  ini. Terletak di Mid Valley dan Mempunyai kemudahan dan kelengkapan mainan yang pelbagai. Lokasi ini juga telah menarik perhatian ramai keluarga yang berada di sekitar kawasan Kuala Lumpur dan Selangor. Dilengkapi ruang yang luas dan mempunyai ‘basketball court’ akan menambah lagi keterujaan anak-anak dan juga ibu bapa.

Bagi mengetahui maklumat lanjut, layari www.facebook.com/pg/kidseworld

tempat

#5. Dino GYM

Selain kawasan Kuala Lumpur dan lembah Klang, apa kata anda melawat ke Pulau Pinang pula, terletak di The Top, Komtar iaitu di tingkat 5, Dino Gym dan mempunyai segala kelengkapan permainan yang akan membuat anak anda sentiasa sibuk. Anda tidak perlu risau, tempat tersebut dilengkapi dengan kemudahan seperti jambatan bertali dan memanjat dinding, mesti anak akan bersuka-ria di dalam laman permainan.

Bagi mengetahui maklumat lanjut, layari www.facebook.com/pg/dinogym

tempat

Banyak lagi tempat-tempat menarik dalam Malaysia yang boleh anda seisi keluarga lawati hujung minggu untuk mengisi masa lapang anda dan anak-anak anda.

Jadi, kepada ibu bapa diluar sana, jom planning nak kemana hujung minggu ini, pastikan menarik ok! Selamat Berjalan-jalan ya.

Sumber: SirapLimau

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here