mo salah

Pemain kebangsaa Mesir, yang juga merupakan pemain kelab Liverpool, Mo Salah menjadi sebutan hangat oleh peminat bola sepak di seluruh dunia khususnya di Mesir. Beliau semakin dikenali apabila berjaya mempersembahkan aksi memukau sepanjang musim ini.

 

Pemain ini banyak membantu pasukan Liverpool  memenangi perlawanan, disamping bermain dengan aksi memukau di atas padang. Malah pasukannya juga berjaya menewaskan Man. City dengan keputusan 3-0, satu daripada gol itu adalah sumbangan Mo Salah.

Sepanjang musim Mo Salah berjaya menjaringkan 40 goal bersama kelab Liverpool dan pasukan kebangsaan, sekaligus beliau dikaitkan dengan perbandingan bersama pemain Argentina, Lionel Messi. Malahan, beliau juga dianggap sebagai wira di negaranya oleh para peminat.

mo salah

Beliau dianggap sebagai selebriti terkenal di negaranya, selepas perlawanan menentang Congo bagi kelayakan Piala Dunia 2018 di Rusia, Mo Salah berhasil menjaringkan gol penalti di saat-saat akhir perlawanan.

Baru-baru ini, pilihan raya bagi memilih Presiden Mesir berlangsung dan menyaksikan hanya 41 peratus pemilih berdaftar menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi untuk menentukan pemerintah negara tersebut.

92 peratus undian dalam pilihan raya berjaya dimenangi oleh calon bebas, Abdel Fattah, sekaligus menewaskan pesaing tunggalnya, dan jawatan untuk satu penggal lagi berjaya dipertahankan. 1.5 juta undi rosak dikenalpasti sewaktu pemilihan yang mewakili 5% daripada yang keluar mengundi.

Kejadian ini sangat mengejutkan yang  mana rakyat di negara itu sendiri yang menyebabkan kerosakan undi Pemilihan Presiden. Mereka berkelakuan seperti itu adalah untuk memberi ruang pemilihan Mo Salah sebagai presideng negara Mesir.

Untuk membuat undian hanya dua kotak pilihan disediakan  bagi menentukan pilihan calon, tetapi kali ini tukang kira undi terkejut apabila satu lagi kotak ditambah dan meletakkan nama Mo Salah pada pilihan ketiga yang ditambah itu.

Dilihat tindakan itu seperti bergurau, tetapi  adakah rakyat di negara berkenaan betul-betul mahu Mo Salah jadi Presiden.

mo salah

Bukan sekadar bermain di atas padang, tetapi Mo Salah juga telah menunjukkan persembahannya yang sangat baik. Secara tidak langsung beliau telah melakukandakwah dengan menunjukkan nilai-nilai baik sebagai seorang Muslim. Beliau juga sering melakukan sujud syukur selepas berjaya menjaringkan gol buat kelab dan peribadinya.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk artikel atau iklan anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here