Selepas insiden ayam rendang ‘sepatutnya rangup’ dalam program MasterChef UK yang kini sedang hangat di media sosial, rakyat di negara ini termasuklah Indonesia, Singapura dan Brunei semakin bersatu dalam mempertahankan rendang sebagai hidangan tradisional di rantau Asean.

MasterChef UK
Hidangan yang disajikan Zaleha kepada para juri.

Dalam kehangatan isu itu juga, KFC Malaysia turut mengambil kesempatan untuk ‘memerli’ juri-juri MasterChef UK apabila tampil dengan iklan yang membawa mesej ‘makan dalam’ tertera ‘Not Rendang’ (Bukan Rendang).

MasterChef UK
Sumber : Instagram KFC Malaysia

Rangkaian restoran makanan segera terkenal itu menerusi laman sosial mereka malam tadi memuat naik poster ayam goreng mereka bersama kapsyen; “Satu-satunya makanan yang sepatutnya rangup adalah ayam goreng kami.”

Malah, restoran itu turut menzahirkan ucapan tahniah kepada peserta dari Malaysia Zaleha Kadir Olpin yang tersingkir pada pusingan suku akhir program masakan popular itu.

Selain KFC, myBurgerLab memuat naik produk mereka, burger ayam goreng dengan kuah bersama kapsyen berbunyi; “Kami ada ayam rendang yang anda mahu! Boleh kami masuk MasterChef sekarang?.”

MasterChef UK
Sumber : Twitter myBurgerLab

Segala isu dan kontroversi ini timbul gara-gara peserta Masterchef UK dari Malaysia, Zaleha Kadir Olpin yang menyediakan hidangan Nasi Lemak Rendang Ayam sebagai menu istimewa beliau.

Walaubagaimanapun, hidangannya itu dikritik oleh juri-juri iaitu Gregg Wallace dan John Torode, yang mana Gregg mengatakan bahawa rendang ayam yang dimasak Zaleha adalah “kurang rangup”.

MasterChef UK
Juri MasterChef UK, John Torode dan Gregg Wallace

Kritikan tersebut cukup membangkitkan kemarahan kebanyakan rakyat Malaysia, malah Pesuruhjaya Tinggi Britain di Malaysia, Vicki Treadell, turut menegaskan di Twitter bahawa rendang ayam tidak pernah rangup.

Sementara pemimpin tertinggi negara Datuk Seri Najib Razak dan seteru politiknya Tun Dr Mahathir Mohamad juga secara sinis memerli komen-komen yang diberikan kedua-dua juri berkenaan.

MasterChef UK
Zaleha Kadir Olpin (tengah), peserta Malaysia yang berasal dari Kuantan, Pahang

“Mana ada orang makan rendang ayam rangup?,” kata Perdana Menteri, semalam.

“Mungkin anda keliru antara ayam rendang dengan KFC,” tulis Dr Mahathir pula.

Apa-apapun, isu rendang ini sudah berjaya menyatukan rakyat Malaysia. Syabas 🙂

Sumber : Malaysian Digest

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here