john torode rendang

Juri program realiti Masterchef UK, John Torode mencetuskan kemarahan pengguna media sosial di negara ini gara-gara tindakannya mengkritik masakan tradisional Malaysia iaitu rendang ayam.

 

Kontroversi itu timbul apabila peserta dari Malaysia, Zaleha Kadir Olpin menyediakan hidangan Nasi Lemak Rendang Ayam untuk dipersembahkan kepada juri.

rendang
Zaleha (kanan) adalah peserta Masterchef UK.

Malangnya, kedua-dua juri iaitu John Torode dan Gregg Wallace sangat tidak menyukai ayam itu yang disifatkan mereka sebagai ‘tidak rangup’ dan kuah hidangan juga tidak menepati selera. Torode turut menambah bahawa ayam itu sepatutnya “lembut dan mudah terburai”.

Kritikan tersebut menyebabkan Zaleha tersingkir pada pusingan suku akhir.

Terkejut dengan keputusan itu, chef selebriti terkenal, Chef Wan tampil mempertahankan Zaleha dan menyifatkan kaedah memasak rendang yang digunakan peserta itu adalah sempurna.

rendang
Hidangan daripada Zaleha.

Menurut Chef Wan lagi, adalah mustahil untuk memastikan ayam rendang menjadi rangup apabila dimasak dengan rempah dan santan. Justeru, beliau mencabar Torode pergi memasak rendang dan cuba menjadikan ayam itu ‘rangup’.

Pengguna media sosial turut mempertikai John Torode di laman Twitternya dengan alasan hidangan tradisional tidak patut diubah semata-mata untuk memuaskan hati para juri.

Torode kemudian membalas dengan mempersoal keaslian masakan rendang, malah mendakwa hidangan itu berasal daripada Indonesia.

rendang
Tweet John Torode yang menimbulkan kemarahan ramai.

Jawapan balasnya itu seolah-olah memakan diri apabila warga Indonesia turut mengecam tindakannya di media sosial yang tidak menghargai warisan budaya negara lain.

Sumber : The Malay Mail Online

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk artikel atau iklan anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here