kiri

Anda seorang Kidal???

Mungkin perkongsian ini berguna untuk anda. Tahukah anda? Kidal atau ‘sinistrality’ dalam bahasa saintifiknya, bermaksud seseorang individu lebih sinonim menggunakan tangan kiri daripada tangan kanan dalam melakukan aktiviti hariannya.

kiri Kami akan kongsikan kepada anda beberapa fakta tentang kelebihan orang kidal.

kiri

Berdasarkan kajian, dalam populasi manusia, 15% daripada adalah kidal. Golongan lelaki lebih cebderung menjadi kidal daripada golongan wanita. Disamping itu, orang kidal juga memiliki otak yang genius. Ini kerana, 20% dari jumlah anggota MENSA, adalah kidal. MENSA adalah sebuah organisasi untuk manusia dengan IQ tertinggi di dunia.

  Kebiasaannya, orang kidal mempunyai seni atau kelebihan lain dalam diri. Orang kidal mempunyai seni lukisan yang cantik. Selain cara atau teknik menulis berbeza dan lain dari yang lain. Orang kidal lebih gemar membaca buku berjilid berbanding dengan mereka yang tidak kidal.

kiri

Kajian juga menunjukkan bahawa, jika terdapat dalam ahli keluarga, ibu atau bapa yang kidal, kemungkinan 50% keturunan mereka juga akan kidal. Namun, jika sebaliknya, kemungkinan adalah 2% sahaja.

kiri

Orang kidal mempunyai daya merespon stimulasi (rangsangan) lebih baik. Itu sebabnya orang kidal juara dalam bermain game. Pemikiran yang pantas oleh orang kidal, mereka lebih cenderung menjadi ahli sukan dan memiliki kesedaran yang lebih istimewa.

Dalam menyelesaikan masalah, orang kidal adalah dua kali lebih berjaya dalam menyelesaikan masalah dan memiliki IQ lebih tinggi, berbanding orang tangan kanan. Dari segi emosi, orang kidal lebih mudah mengawal emosi, berbanding dengan orang bukan kidal (NationalGeographic).

kiri

Kepada sesiapa yang kidal, jangan rasa diri anda berbeza. Ramai tokoh terkenal juga bersifat kidal. Antaranya ialah tokoh keagamaan Mahatma Ghandi, saintis terkenal Albert Einstein, ahli falsafah Aristotle dan Bekas Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama.

Sebagai golongan yang minoriti, orang kidal terpaksa berhadapan dengan beberapa kesukaran menjalani rutin harian yang mungkin orang biasa tidak pernah terfikir. Misalnya, cara makan, menulis, memegang kamera dan lain-lain lagi. Kepada orang kidal, jangan berasa asing dan merendah diri. Sebaliknya anggaplah kidal adalah satu keunikan.

kiri

Sumber: Selongkar10

Teruskan layari Deenamik.com dan like FB page Deenamik untuk terus dapatkan review-review filem terkini.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here