sandakan

Teringin berkunjung ke Sandakan Sabah untuk memanfaatkan masa percutian bersama orang tersayang? Sebelum pergi bercuti ke luar negara alangkah baiknya jika berkunjung ke semua tempat di seluruh Malaysia.

 

Kalau area semenanjung Malaysia dah habis pusing, kali ini mulakan langkah ke kawasan Borneo pula. Sabah dan Sarawak juga tidak ketinggalan dengan keindahan alam semulajadi yang sangat unik dan patu anda kunjungi.

#1. Pulau-Pulau Penyu
sandakan
sumber foto : alamy.com

Nama pulau penyu ini terdiri daripada tiga buah pulau yang menjadi tempat pendaratan utama penyu-penyu untuk bertelur di timur selatan Asia. 3 buah pulau yang dimaksudkan itu adalah Pulau Gulisan, Pulau Selingan dan Pulau Bakkugan Kecil.

Selain di Terengganu, Sabah juga memang terkenal dengan sepsis penyu dan kebiasaannya penyu ini akan naik ke darat untuk bertelur ketika air surut. Pada ketika itu anda akan berpeluang menyaksikan sendiri penyu itu bertelur secara ‘live.’

Di antara tiga pulau tersebut, pulau Selingan yang menjadi tumpuan utama penyu kerana di pulau tersebut mempunyai terumbu karang yang sangat luas. Kebanyakan penyu yang sering naik ke pulau berkenaan adalah dari spesis Penyu Hijau dan Hawksbill Turtle.

 

#2. Sandakan Rainforest Discovery Centre

sandakan

Lokasi terletak di Hutan Simpan Sepilok-Kabili dan merupakan habitat kepada orangutan di Pusat Pemuliharaan Orang Utan Sepilok. RDC ini juga diselenggarakan oleh Jabatan Perhutanan Sabah. RDC dibuka pada setiap hari bermula pada pukul 8 pagi sehingga 5 petang.

Apabila anda bekunjung ke lokasi ini, anda boleh merasai sendiri keindahan hutan hujan seolah-olah jauh dari kawasan bandar. Suasana sungguh indah dengan pemandangan hijau dari puncak canopy walk, ditambah pula dengan bunyi burung-burung di sepanjang perjalanan membuatkan anda seolah-olah sedang menjelajah hutan sebenar.

Ketika berada di lokasi ini juga, anda sangat berpeluang untuk mengambil gamabr burung-burung yang terdiri daripada pelbagai jenis dan burung berkenaan juga sangat unik.

 

#4. Labuk Bay Proboscis Monkey Sanctuary

sandakan

Selain orang utan, Proboscis Monkey Sanctuary atau Monyet Belanda adalah merupakan sepsis monyet yang sangat unik dengan memiliki hidung besar dan sedikit panjang. Kalau anda melihat secara ‘live’, memang membuatkan anda geli hati sebab rupa Monyet Belanda begitu melucukan.

Kawasan ini terletak di kawasan pantai berdekatan dengan Kampung Samawang di Labuk Bay, Sandakan. Monyet Belanda ini sebenarbya tidk aggresif dan apabila  mengunjungi tempat ini, jangan risau sekiranya melihat monyet jantan bersaiz besar berlari-lari dengan gahnya, kerana aksi tersebut hanyalah untuk menarik perhatian monyet betina supaya dapat dilihat kegagahannya.

 

#5. Santuari Orang Utan Sepilok

sandakan

Pusat pemuliharaan Orang Utan atau dikenali sebagai Wild Red Apes di Sabah yang terletak tidak jauh dari pusat bandar Sandakan, kira-kira 25 kilometer perjalanan untuk sampai ke destinasi ini. Keluasan santuari ini lebih 40 km persegi dan penempatan orang utan di sini sebenarnya merupakan hutan simpan dan habitat asli orang utan. Tak pernah tengok? Jom datang ke tempat ni.

 

#6. Santuari Orang Utan Sepilok

sandakan

Merupakan Tokong Buddha yang terletak di atas bukit dengan menaarkan extra pemandangan indah di sekitar Kota Sandakan dan Laut Sulu yang sangat menarik. Kunjungi Tokong Buddha ini kerana anda berpeluang melihat dan merasai dengan sendiri keunikkan rekaan strukturnya sehingga membuatkan ramai pelancong datang ke tempat ini sama seperti Tokong Ular di Penang.

 

#7. Sandakan Memorial Park

sandakan

Taman Peringatan Sandakan atau Sandakan Memorial Park merupakan tempat yang menyaksiakan lebih 2400 tawanan askar Australia dan British terkorban suatu ketika di zaman Perang Dunia Ke-2 dengan Jepun . Di sini meninggalkan pelbagai kesan sejarah yang sangat bermakna buat seluruh masyarakat khususnya di Sabah.

Tempat ini sekarang dijaga dengan baik dan mempunyai landskap  yang sangat menarik, jika anda sampai ke tempat ini suasana akan membawa anda ke suatu sudut peringatan kepada mangsa yang terkorban.

Di sini juga mempunyai sebuah muzium kecil yang anda boleh lihat sebagai peringatan kepada orang Australia dan British yang terkorban. Jika anda mempunyai minat tentang sejarah, amat dialau-alukan kedatangan anda ke sini.

Teruskan layari Deenamik.com dan like FB page Deenamik untuk terus dapatkan review-review filem terkini.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here