Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka akan membubarkan parlimen pada minggu ini, setelah mesyuarat kabinet pada hari Rabu ditunda kepada Jumaat (6 April).

parlimen
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak

Menurut beberapa media utama, Najib Razak juga akan kembali ke Putrajaya untuk mempengerusikan mesyuarat tersebut. Beliau kini dijadualkan menghadiri beberapa acara penting di seluruh negara daripada Selasa hinggalah Khamis.

Tambahan pula, pembentangan manifesto daripada parti Barisan Nasional akan dilakukan di Stadium Bukit Jalil pada hari Sabtu. Kebiasaannya, manifesto akan dibentangkan setelah parlimen dibubarkan.

parlimen
Parti Barisan Nasional

Setelah mendapat perkenan daripada Yang Di-Pertuan Agong, Najib akan membubarkan parlimen pada Sabtu, 7 April 2018.

Kerajaan yang memenangi PRU kali ini akan mula memerintah sebelum pertengahan Mei. Ini sekali gus memberi petanda bahawa tarikh PRU 14 mungkin ditetapkan pada akhir bulan April atau awal Mei.

Tempoh kerajaan sekarang memerintah berakhir pada 24 Jun.

parlimen
Tarikh PRU 14 masih menjadi tanda tanya.
Sumber : New Stratis Times, Sin Chew Daily

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here