Dakwaan Tun Mahathir Tidak Berasas – Rahman Dahlan

0
1428
dakwaan tun mahathir

Datuk Seri Rahman Dahlan sebagai menteri di Jabatan Perdana Menteri menafikan dakwaan yang dibuat oleh bekas perdana menteri baru-baru ini. Dakwaan Tun Mahathir mengatakan bahawa UMNO memboikot Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) menerusi undi rosak.

Melalui tuduhan itu Abdul Rahman tampil menjelaskan bahawa yang dikatakan oleh Tun Mahathir itu tidak berasas berikutan kumpulan yang menggerakkan kempen tersebut majoriti adalah mereka yang menyokong pembangkang yang kecewa dan hampa dengan mereka.

dakwaan tun mahathir
Gambar hiasan

Dilihat mereka yang hanya duduk di rumah dan tidak mahu memberi undian kepada pencalonan kerajaan masa depan bukanlah daripada pengundi Barisan Nasional (BN).

Menurut Abdul Rahman, “mereka yang hanya duduk di rumah dan tidak mahu keluar membuat undi adalah penyokong parti pembangkang itu sendiri berikutan kecewa dan hampa kerana pembangkang kini sudah menjadi cacamarba,” katanya ketika ditemui hari ini.

BACA JUGA :   Tradisi Potong Jari Mengerikan

Penyokong BN masih mahu melihat parti ini terus kekal berdiri dalam kerajaan. Tidak mungkin mereka membuat udian rosak seperti itu jika masih mahu melihat kerajaan Barisan Nasional.

dakwaan tun mahathir

Beliau turut mengulas tentang dakwaan Tun Mahathir yang juga Pengerusi Parti Pribumi Malaysia (PPBM) itu mengatakan sekumpulan yang mempromosikan kempen boikot PRU-14 majoritinya adalah penyokong UMNO.

Kempen yang digerakkan oleh golongan aktivis muda berhaluan kiri hanya memberi keuntungan kepada UMNO sahaja, menurut kata Dr Mahathir.

Gerakan Kempen Boikot PRU-14 mula tersebar luas di media sosial, terutama di laman ‘facebook’ dengan hashtag #undirosak selepas pakatan pembangkang mengumumkan Dr Mahathir sebagai calon Perdana Menteri jika mereka Berjaya merampas Putrajaya daripada BN.

dakwaan tun mahathir
Gambar hiasan

Abdul Rahman yang tidak bersetuju dengan kempen tersebut menegaskan, rakyat harus keluar rumah untuk membuat undian kerana mereka mempunyai hak bagi menentukan kerajaan pada PRU-14 tidak lama lagi.

BACA JUGA :   Menteri Pelajaran Gesa Naib Canselor Yang Pro-BN Supaya Letak Jawatan

“Kami mahu mereka keluar mengundi dan gunakan hak menentukan kerajaan, tapi jika mereka enggan mengundi, itu juga adalah hak mereka,” katanya.

Apabila ditanya mengenai tindakan Dr Mahathir baru-baru ini yang menyentuh tentang isu graduan ‘menjual nasi lemak’ dan ‘pemandu uber’, Pengarah Komunikasi Strategi BN itu berkata: “Saya tak mahu balas kenyataan orang berusia 93 tahun yang melodramatik.”

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

sumber : Berita Harian

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here