berita palsu facebook

Laman sosial terkemuka dunia, Facebook hari ini mengumumkan bahawa mereka akan memperkenalkan kemaskini terbaru bagi mengatasi lambakan berita palsu yang disebarkan di laman itu.

 

Menerusi kemaskini tersebut, anda akan dapat melihat siapakah rakan-rakan anda yang berkongsi berita palsu menggunakan akaun mereka.

Caranya cukup mudah, anda hanya perlu menekan butang “i” di sebelah tajuk berita dan anda akan ditunjukkan dari sumber manakah artikel itu diperoleh, artikel yang berkaitan, peta lokasi di manakah artikel tersebut pernah dikongsikan sebelum ini serta siapakah yang berkongsinya.

berita palsu facebook

Cara yang digunakan oleh Facebook itu dilihat sangat membantu dalam mengesan sumber-sumber yang menyebarkan berita palsu di laman sosial. Bukan itu sahaja, identiti rakan-rakan yang berkongsi berita tersebut juga dapat dikenalspasti.

Kemaskini tersebut akan dimulakan di US bermula hari ini.

berita palsu facebook

Diharapkan langkah ini akan dapat mencegah masyarakat daripada berkongsi berita-berita fitnah dan yang tidak benar di media sosial.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here