Johor Bahru adalah bandar pertama yang akan anda lalui sekiranya anda memasuki Malaysia dari Singapura melintasi Tambak Johor. Di samping mempunyai taman tema permainan dan keindahan suasana moden, Johor Bahru juga menawarkan banyak restoran menarik untuk anda menjamu selera.

 

Di sini kami senaraikan antara 4 restoran terbaik yang harus anda kunjungi apabila tiba di Johor Bahru :

Amaya Food Gallery

restoran amaya

Hidangan juadah disediakan secukup rasa dan dihias rapi, pasti membangkitkan selera bagi sesiapa sahaja yang datang ke sini. Buffet sarapan pagi di Amaya Food Gallery menampilkan pelbagai juadah daripada Asia dan juga selera antarabangsa. Ditambah dengan hiasan lauk-pauk di atas daun pisang, sekali cuba pasti nak lagi.

Sekiranya anda ingin menyambut acara harijadi ataupun mempelawa insan tersayang, Amaya Food Gallery adalah restoran yang tepat.

W.W. Laksa House

restoran w.ww laksa

Dengan harga hanya RM7, anda boleh menikmati laksa selera warung tetapi disediakan khas dengan aroma kuah ikan yang dihidangkan dalam portion besar. Suasana di sini juga berkonsepkan kopitiam dan sesuai bagi anda yang suka bergambar.

Apabila datang ke sini, pastikan anda turut menjamu hidangan otak-otak istimewa mereka.

Zaituna Restaurant

restoran zaituna

Bagi anda yang gemarkan makanan dari Timur Tengah, anda wajib datang ke sini. Hidangan yang cukup terkenal adalah sate daging serta daging kambing panggang yang dimasak daripada pelbagai ramuan istimewa.

Bagi anda yang vegetarian pula, anda patut cuba bebola sayur yang disediakan. Apabila dicicah dengan tahini, pasti menimbulkan rasa yang menggiurkan.

Restoran Chakra

restoran chakra

Sukakan makanan India yang lazat ? Tak perlu pusing-pusing, berkunjunglah ke Restoran Chakra. Restoran yang diasaskan daripada banglo ini menyediakan hidangan segar dan kari yang kaya dengan rasa rempah ratus.

Kami sangat-sangat sarankan anda untuk mencuba nasi briyani dan ayam tandoori di restoran ini. Sekali makan, pasti rasa nak tambah lagi.

Jadi apa tunggu lagi ? Jom lah singgah !!

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai tempat-tempat makan menarik di Malaysia, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here