Lagenda bola sepak Brazil, Ronaldinho baru-baru ini menzahirkan bahawa beliau mahu menyertai Liga Bola Sepak Malaysia. Beliau juga akan bermain tetapi tanpa perlu dikenakan sebarang bayaran apabila mula beraksi nanti.

 

Beliau baru-baru ini berada di ruang utama Pavillion, orang ramai yang datang berkunjung sekitar 400 peminat untuk menatap wajah bintang bola sepak terkenal itu.

Sebelum bersara Ronaldinho pernah menyertai pasukan terkenal Bercelona, kemudian Parist Saint-German (PSG) sebelum bersara dari karier bola sepak.

Ronaldinho, berusia 37 tahun, mula tertarik apabila mendapati  bahawa rakyat Malaysia sangat meminati karier bola sepak. Sehubungan itu, beliau begitu yakin akan mendapat layanan cukup baik oleh rakyat Malaysia.

Sebuah kenyataan dikeluarkan oleh beliau, “perkara ini bukan suatu gurauan, saya sangat tertarik untuk beraksi di Malaysia. Di sini juga, ramai meminati sukan bola sepak, oleh itu saya yakin masyarakat Malaysia akan memberikan layanan baik kepada saya.

Mungkin Ronaldinho juga akan bermain secara percuma tanpa bayaran, “ujuarnya di pelancaran Jelajah Trofi Kejohanan UEFA di sebuah kompleks beli-belah Pavillion.”

Sebelum ini beliau telah mengumumkan persaraannya pada Januari lepas. Tetapi untuk memanfaatkan kehebatan yang ada, beliau sekarang ini sedang menumpukan akademi yang dibangunakan, iaitu Ronaldinho Soccer Academy.

Akademi itu dibangunkan adalah untuk memberi sumbangan kepada anak-anak muda supaya anak-anak muda ini akan menjadi seorang pemain profesional pada masa akan datang.

Sehubungan itu, terdapat ramai bintang terkenal daripada Brazil, dan pada kali ini Ronaldinho sangat yakin bahawa pasukan negara berkenaan mempunyai peluang untuk menjuarai Piala Dunia 2018 di Rusia pada Jun ini.

Sumber : MyNewsHub

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.comdan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here