pelancongan kesihatan
Sumber foto : MHTC

Menurut sumber daripada Majlis Pelancongan Kesihatan Malaysia (MHTC), semakin ramai rakyat Brunei yang berkunjung ke negara ini untuk mendapatkan rawatan kesihatan terutamanya rawatan kardiologi, kanser dan kemandulan.

 

Pada tahun lepas sahaja, kira-kira RM5 juta dibelanjakan oleh pesakit-pesakit dari Brunei di negara ini untuk kos rawatan kesihatan. Jumlah tersebut dijangka akan terus meningkat setiap tahun.

Antara salah satu faktor rakyat Brunei selesa untuk mendapatkan rawatan di sini adalah persamaan budaya antara kedua-dua negara. Budaya Malaysia yang berteraskan gaya hidup Islam juga membuatkan mereka lebih yakin dengan kaedah rawatan di sini.

pelancongan kesihatan
Budaya Malaysia yang berlandaskan Islam menjadi tarikan rakyat Brunei untuk mendapatkan rawatan di negara ini.

Satu lagi, kos untuk rawatan berkualiti di Malaysia tersangatlah murah jika dibandingkan dengan negara-negara lain. Seperti contoh, satu rawatan kanser boleh mencecah $1 juta. Tetapi di Malaysia, penjagaan kesihatan dengan kualiti yang sama boleh didapati hanya dengan harga satu pertiga daripada jumlah tersebut.

Perkara ini jelas membuktikan bahawa industri pelancongan kesihatan di Malaysia sudah berada di satu tahap lebih baik berbanding tahun-tahun sebelum ini.

pelancongan kesihatan
Malaysia menjadi tarikan pesakit Brunei untuk mendapatkan rawatan.

Ini terbukti apabila Malaysia telah dinobatkan sebagai ‘Medical Travel Destination of the Year’ di  2015 dan 2016.

Selain itu, Malaysia turut diumumkan sebagai negara yang mempunyai Penjagaan Kesihatan Terbaik Dunia berdasarkan indeks antarabangsa daripada 2015 hingga 2017.

Pujian harus diberikan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia, yang telah menguatkuasakan dan menetapkan standard kualiti rawatan kesihatan di negara ini setanding dengan standard terbaik di dunia.

Tahniah Malaysia !

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here