Filem Dukun yang dipalit kontroversi, berjaya mencipta sejarah apabila filem yang berkisarkan pembunuhan ngeri oleh pengamal ilmu hitam itu mengutip RM1.5 pada hari pertama tayangan. Di hari tayangan awal, filem itu turut mencatat rekod kutipan tertinggi sekali gus mendahului filem-filem lain.

 

Perkara itu disahkan sendiri oleh pihak Astro Shaw Sdn Bhd, menerusi satu entri yang dimuat naik di laman Facebook pada 6 April 2018.

filem dukun
Status yang dimuat naik oleh Astro Shaw di laman Facebook.

Semestinya ramai pihak yang terkejut dengan perkara itu memandangkan filem Dukun pernah dibocorkan di internet beberapa bulan yang lalu. Apa-apapun, syabas dan terima kasih diucapkan kepada rakyat Malaysia kerana menyokong filem ini dengan menontonnya di pawagam.

Filem Dukun yang diinspirasikan daripada kisah benar Mona Fandey, sepatutnya ditayangkan pada 2006 selepas siap pembikinannya. Walaubagaimanapun, Lembaga Penapisan Filem (LPF) tidak meluluskan tayangannya kerana terdapat babak-babak sensitif yang boleh menyinggung perasaan ahli keluarga Mona Fandey.

Mona Fandey Dukun
Kredit foto : Murderpedia & Gempak Gempita

Setelah 12 tahun ‘diperam’, Dukun akhirnya diluluskan tayangan bermula 5 April 2018.

Tahniah kepada barisan produksi Dukun yang sabar menunggu sehingga 12 tahun untuk memastikan filem itu diangkat ke layar perak. Jadi kepada mereka di luar sana, pastikan anda cepat-cepat menonton Dukun di pawagam dan sokonglah industri perfileman tanah air.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.comdan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here