Umum mengetahui bahawa pilihan raya umum (PRU) ke-14 akan diadakan bila-bila masa sahaja dari sekarang. Namun, timbul lagi satu persoalan yang membelenggu kebanyakan rakyat di negara ini iaitu berkenaan isu cuti sekolah.

 

Adakah seluruh Malaysia akan diberikan cuti sekolah sekiranya pilihan raya diadakan pada hari bekerja ?

Menurut laporan daripada Malay Mail Online, Menteri Pelajaran iaitu Datuk Seri Mahdzir Khalid telah mengumumkan cuti sekolah akan diberikan sekiranya PRU 14 berlangsung pada hari bekerja.

cuti sekolah
Menteri Pelajaran, Datuk Seri Mahdzir Khalid. Kredit foto : NSTP/ Asyraf Hamzah

Ini bagi membolehkan sekolah-sekolah digunakan sebagai pusat pengundian seperti tahun-tahun sebelumnya. Tambah beliau lagi, kira-kira 5,000 buah sekolah di seluruh negara bakal dipilih menjadi pusat pengundian.

Akan tetapi, bukankah lebih elok sekiranya cuti umum diberikan pada hari pengundian berlangsung ? Lagipun, ianya memudahkan orang ramai untuk pergi mengundi pada hari tersebut.

cuti sekolah

Sebenarnya, pemberian cuti umum pada hari pilihan raya adalah tidak wajib. Menurut Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 Seksyen 25 , para majikan hendaklah memberikan para pekerja tempoh untuk mereka keluar mengundi. Majikan juga tidak dibenarkan memotong gaji pekerja yang keluar mengundi pada hari bekerja.

Walaupun beberapa negeri telah mengisytiharkan cuti umum pada hari pengundian bagi pilihan raya kecil pada tahun-tahun sebelum ini, masih tidak dapat dipastikan sama ada PRU kali ini akan diisytiharkan sebagai cuti umum jika ia jatuh pada hari minggu.

UPDATE : Tarikh Mengundi Sudah Diumumkan – 9 Mei 2018 (Rabu)

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Sumber : World of Buzz

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here