Penceramah agama terkenal, Syamsul Amri Ismail atau lebih dikenali Syamsul Debat terpilih menjadi calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri Sikamat pada PRU-14.

 

Loading...

Namanya diumumkan Pengerusi BN Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan pada satu majlis di sini hari ini.

Syamsul Debat sememangnya cukup dikenali sebagai penceramah yang suka berjenaka dan pernah menjadi jurucakap UMNO negeri semasa Perhimpunan Agung UMNO.

Beberapa tahun lalu, gaya bersahaja Syamsul Debat yang mewakili Negeri Sembilan menarik perhatian selepas menegur perwakilan UMNO ketika membahaskan usul agama dan pendidikan hingga menggamatkan Dewan Merdeka.

Syamsul Debat
Syamsul Amri Ismail atau lebih dikenali sebagai Syamsul Debat. Sumber foto : Berita Harian

Teguran dan nasihat disulami sindiran halus menggunakan loghat Negeri Sembilan, termasuk meniru gaya percakapan pelakon silam, Allahyarham Nordin Ahmad ketika menyentuh situasi ekonomi negara ketika ini, turut diingati hingga kini.

BACA JUGA :   8 Menteri Dan 19 Timbalan Menteri BN Tewas Pada PRU14 Kali Ini

Malah, rakaman ucapannya pada perhimpunan itu menjadi viral di media sosial dan ditonton lebih satu juta kali di YouTube.

Menariknya tentang Syamsul adalah latar belakangnya yang jauh berbeza dengan personaliti dakwah yang lain. Dia tidak punya latar belakang dari sekolah agama, bahkan dia adalah pemegang Diploma dalam Public Administration UITM pada 1999 dan kemudian beroleh Ijazah Sarjana pada 2004.

Pada ketika menjadi pelajar itulah dia memupuk bakatnya dalam berdebat. Bakat berdebat di asah sejak berada di pusat pengajian tinggi itu dan seringkali menjuarai pertandingan debat, biar apapun tajuknya – politik, ekonomi, sosial mahupun hiburan.

Syamsul Debat

Pada pendapat anda, mampukah Syamsul Debat mengetepikan calon-calon lain dalam PRU 14 nanti ? Lontarkan pandangan anda dalam ruangan komen di bawah.

BACA JUGA :   Agama, Bangsa Atau Politik : Apakah Punca Sebenar Rakyat Malaysia Gagal Bersatu ?

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk artikel atau iklan anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here