Anda mungkin mengalami masalah bau badan yang masam sehinggakan anda merasa malu dan hilang keyakinan pada diri. Masalah ini perlu dipandang serius oleh kaum lelaki mahupun wanita. Anda sudah memcuba pelbagai produk dan minyak wangi di pasaran untuk menghilangkan bau badan anda, namun masih berbau lagi. Mungkin anda sudah “mati kutu” untuk menyelesaikan masalah ini dengan cepat dan berkesan.

Disini kami kongsikan beberapa petua yang boleh anda cuba dirumah dengan menggunakan bahan-bahan semulajadi sahaja.

Loading...

#1. Daun Sirih

Bau BadanKebanyakan masyarakat kampung pada zaman dahulu mengamalkan penggunaan sirih dalam penjagaan kebersihan diri dan badan mereka. Khasiat yang terkandung dalam sirih terbukti bertindak sebagai antiseptik dan mengandungi zat yang sangat aktif bertujuan untuk menghilangkan bau badan disebabkan oleh bakteria yang menyerang.

Cara penggunaan mudah sahaja, anda hanya perlu mengambil 5 helai daun sirih dan rendamkan ke dalam bekas yang mengandungi air panas. Setelah air rendaman itu suam, anda bolehlah minum air tersebut sebagai langkah mengatasi masalah bau badan anda.

#2. Bunga Cengkih

Bau Badan

Bunga Cengkih mempunyai pelbagai khasiat terutamanya sebagai antibakteria. Bunga Cengkih boleh digunakan untuk merawati pelbagai masalah kesihatan dan juga membantu anda untuk memiliki ketajaman akal.

Bagi anda yang mengalami masalah bau badan, anda hanya perlu mengambil beberapa tangkal Bunga Cengkih dan letakkan ke dalam secawan air panas. Rendam sehingga kembang, bila suam anda boleh minum airnya. Amalkan 2 hingga 3 kali sehari untuk mendapatkan kesan yang cepat dan memuaskan.

BACA JUGA :   Petua Merawat Masalah Rambut Gugur Menggunakan Bahan Semulajadi

#3. Timun

Bau Badan

Timun mempunyai khasiat untuk bertindak sebagai menyah keluar segala toksin dari badan anda melalui cecair yang terdapat dalam timun. Timun amat baik untuk kesihatan, dan anda juga pastinya gemar menjadikan timun sebagai ulam-ulaman dalam diet makanan harian anda. Selain itu, anda boleh mengamalkan makan timun selalu untuk menghilangkan batu dalam buah pinggang (kidney stone).

Timun juga adalah antara salah satu sayuran terbaik untuk manusia dan ia juga boleh digunakan sebagai salah satu cara untuk mengurangkan bau badan. Caranya mudah sahaja, anda hanya potong sebiji timun kepada beberapa bahagian yang anda inginkan, dan ketika anda sedang mandi gosokkan kepingan timun yang dipotong itu tadi ke bahagian badan anda selama beberapa minit dan kemudiannya dibilas dengan air bersih. Amalkan 3 kali sekurang-kurangnya dalam seminggu.

#4. Limau Nipis atau Lemon

Bau Badan

Ramai sudah mengetahui tentang khasiat yang terkandung dalam limau nipis atau lemon yang baik untuk kesihatan badan anda.

Anda hanya perlu potong buah tersebut dan perahkan beberapa biji ke dalam air mandian anda, kemudian tambahkan sedikit air mawar atau air dari ekstrak bunga lain yang wangi. Selepas itu, anda boleh mandi dengan menggunakan air campuran tersebut. Amalkan mandian ini setiap hari untuk mendapatkan keberkesanan yang memuaskan.

BACA JUGA :   Tips Solekan Muka Agar Nampak Segar Sepanjang hari

#5. Tomato

Bau Badan

Buah tomato adalah dalam kategori sayur- sayuran. Oleh itu, buah tomato adalah antara yang terbaik untuk menyelesaikan masalah bau badan yang anda hadapi.

Anda boleh menyahkan bau badan anda dengan cara hancurkan sekurang-kurangnya dua biji tomato dan  campurkan dengan daun sage. Kemudiannya, sapukan campuran tersebut tadi ke beberapa bahagian badan anda yang sering berpeluh dan berbau seperti ketiak, leher dan juga badan anda. Biarkan sapuan tersebut selama sekurang-kurangnya 15 minit. Selepas itu, bilas dengan mandian biasa sehingga bersih.

Bau Badan

Anda boleh mencuba petua-petua yang kami kongsikan ini untuk menyelesaikan masalah bau badan anda. Amalkan petua ini secara teratur dan anda akan mendapat kesan yang memuaskan.

Sumber: PETUA tradisional

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk artikel atau iklan anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here