Tabiat pengunjung yang datang ke Zoo mahu melihat seekor kangaroo melompat nampaknya menyaksikan tragedi kematian yang menyedihkan. Zoo terbabit terletak di China, bukan pertama kali zoo di China menjadi tumpuan, tetapi sudah beberapa kali.

 

Loading...

Pengunjung datang ke Zoo bertujuan untuk melihat aksi atau karenah comel binatang-binatang yang ada di sana, namun sebaliknya lain perkara yang berlaku. Kematian seekor Kangaroo mengundang kemarahan netizen apabila pengunjung bertindak agresif terhadap binatang itu.

kangaroo
sumber foto : PenmerahPress

Menurut laporan dibuat oleh Haixia Metropolis News, seorang lelaki yang dilihat oleh penjaga Zoo Fuzhou itu, secara berulang kali membaling batu kearah Kangaroo yang berusia 12 tahun itu, sehingga menyebabkan kecederaan sebelum mati beberapa hari selepas kejadian berlaku.

Bukan setakat menimbulkan kemarahan kepada seluruh netizen, malahan mencetuskan kebimbangan dunia yang sangat serius kepada reaksi layanan pihak pengurusan zoo China terhadap haiwan peliharaan tersebut.

Kejadian itu turut menyebabkan kecederaan seekor Kangaroo lagi yang berusia 5 tahun. Kecederaan itu berlaku selepas dilaporkan salah seorang pengunjung lain mengambil batu bata berdekatan dan melontarkannya kearah haiwan berkenaan.

kangaroo
sumber foto : Berita123

“Kangaroo itu dilihat sedang berehat oleh pengunjung, mereka dilihat tidak bersabar untuk melihat haiwan itu berganjak dari tempat rehatnya, kemudian melontar batu ke arah haiwan itu.”

“Walaupun kami membuang semua batu berdekatan kandang Kangaroo, mereka tetap mencari laternatif lain supaya dapat melontar haiwan berkenaan,” ujar salah seorang penjaga zoo terbabit.

Sejurus kejadian itu, pihak zoo sedang berusaha mengumpul dana untuk memasang kamera keselamatan (CCTV) berkualiti tinggi. Ini bagi memastikan haiwan-haiwan yang berada di zoo itu lebih selamat, sekaligus dapat memantau tingkahlaku para pengunjung.

kangaroo
gambar hiasan

Sehubungan itu, mereka juga memaklumkan bahawa selepas ini hanya tiga ekor Kangaroo sahaja yang akan dijadikan pameran kepada para pengunjung yang datang ke sana. Hal ini adalah bagi mengurangkan risiko kecederaan haiwan berkenaan.

Sumber : Siakap Keli

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk artikel atau iklan anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here