Imam Palestin
Sumber foto : BERNAMA

Polis Malaysia hari ini (23 April 2018) telah menyiarkan lakaran muka 2 orang lelaki yang dipercayai menjadi suspek utama kepada pembunuhan seorang profesor yang juga Imam Palestin, Fadi Mohammad al-Batsh di ibu negara baru-baru ini.

 

Loading...

Pensyarah di sebuah universiti di ibu negara yang datang daripada keluarga Hamas di Gaza itu mati ditembak di tempat kejadian di luar blok apartmen miliknya kira-kira pukul 6 pagi Sabtu lalu.

Rakaman daripada CCTV berhampiran menunjukkan kedua-dua suspek sudahpun menunggu mangsa kira-kira 20 minit untuk muncul di tempat kejadian sebelum melepaskan tembakan. Dipercayai, mangsa keluar untuk menunaikan solat subuh di surau berdekatan.

Imam Palestin
Fadi Mohammad al-Batsh mati ditembak di luar kediamannya di Setapak pada Sabtu lalu. Sumber foto : Reuters

Sebanyak 20 das tembakan dilepaskan oleh suspek, manakala 14 peluru ditemui pada mayat mangsa setelah bedah siasat dilakukan, menurut Ketua Polis Negara, Mohamad Fuzi.

BACA JUGA :   Semakin Ramai Rakyat Palestin Dibunuh Gara-Gara Pembukaan Kedutaan US Di Baitulmaqdis

Imej dan lakaran wajah suspek adalah berdasarkan keterangan daripada saksi-saksi. Dilaporkan, suspek adalah berkulit cerah, mempunyai tinggi sekitar 180cm dengan susuk tubuh warga Eropah atau Timur Tengah.

Kedua-dua suspek adalah penembak yang cekap dan sangat pantas dalam membunuh mangsa menggunakan senjata api. Kedua-dua mereka juga dipercayai menunggang motosikal BMW GS ataupun Kawasaki Versys untuk meloloskan diri.

Imam Palestin
Motosikal yang digunakan suspek untuk meloloskan diri.

Fadi Mohammad al-Batsh di ibu negara

Walaubagaimanapun, pihak berkuasa masih belum dapat mengesahkan sama ada suspek sudah melarikan diri dari negara ini. Justeru, pihak polis menyeru orang ramai yang mempunyai sebarang informasi mengenai kes itu agar tampil membantu siasatan.

Saudara-mara mangsa percaya bahawa agensi perisikan Israel, Mossad adalah yang bertanggungjawab di atas jenayah ke atas Imam Palestin terbabit. Krisis Israel-Palestin yang kini kembali bergolak menjadi sebab utama Israel disyaki.

BACA JUGA :   Hamas Mahu Malaysia Ketuai Isu Baitulmaqdis, Bangkang Keputusan Donald Trump

Apa-apapun, diharapkan pihak polis berjaya memberkas suspek dan membawa mereka ke muka pengadilan.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk artikel atau iklan anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here