sardin tlc
Sumber foto : Kementerian Kesihatan Malaysia

Kementerian Kesihatan Malayasia (KKM) telah memutuskan untuk menarik semula pengeluaran dua produk sardin dalam tin buatan China setelah didapati mengandungi cacing yang sudah mati.

 

Dalam satu kenyataan, Ketua Pengarah iaitu Noor Hisham Abdullah menjelaskan analisis terperinci telah dilakukan oleh KKM.

Hasil analisis sah mendapati sardin berjenama TL Tan Lung keluaran syarikat Fujian Yongfa Co. Ltd dan sardin berjenama TLC keluaran syarikat Dongshan Dongyi Foods Co. Ltd  dari negara China tidak mematuhi Akta Makanan 1983 kerana mengandungi bahan bendasing iaitu nematoda (sejenis cacing) daripada Genus Anisakis spp.

Nematoda atau lebih dikenali sebagai cacing gelang adalah sejenis cacing parasit yang boleh mendatangkan bahaya kepada tubuh badan manusia. Antara penyakit yang sering dikaitkan dengan cacing nematoda ini ialah anaemia.

Para pengguna sangat mudah untuk dijangkiti cacing ini melalui beberapa cara yang tidak disedari iaitu memakan telurnya, melalui gigitan serta penembusan larva dengan kulit.

Keraguan terhadap produk itu timbul baru-baru ini setelah tersebarnya foto sardin jenama tersebut dipenuhi cacing di Indonesia.

sardin cacing
Sumber foto : Facebook

Justeru, agensi makanan di Indonesia juga memutuskan untuk menarik semula produk-produk sardin dari China.

Menurut Noor Hisham lagi, KKM akan terus memantau produk sardin dan makerel yang diimport di seluruh negara. Tindakan sewajarnya mengikut undang-undang juga akan dikenakan sekiranya mana-mana produk didapati melanggar Akta Makanan 1983.

Dinasihatkan kepada anda semua agar lebih berhati-hati dalam membeli makanan yang diawet seperti sardin kerana dikhuatiri mengandungi bahan yang boleh membahayakan kesihatan.

sardin

Lagi satu, elakkanlah daripada membeli makanan yang diawet berharga murah di pasaraya. Biarlah kita belanja lebih sikit untuk beli produk yang berkualiti, asalkan kita tahu kesihatan kita terjamin dan makanan tersebut tidak mengandungi bahan bendasing yang pelik-pelik.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk artikel atau iklan anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here