Apa Itu Penyakit Anjing Gila?
Penyakit anjing gila (Rabies) adalah sejenis virus yang menyebabkan radang otak pada manusia atau haiwan yang dijangkiti.
Simptom Awal
Tanda-tanda awal termasuklah demam atau terasa kebas pada tempat terkena jangkitan. Simptom ini kemudiannya diikuti dengan beberapa simptom lain; kelakukan agresif, sawan, simptom takut air (Hydrophobia), tidak mampu menggerakkan bahagian tubuh badan, kekeliruan dan koma.
Apabila penyakit ini mula menunjukkan simptom-simptom tersebut, kebiasaannya tiada penawar dan pesakit tidak dapat diselamatkan lagi.
Jangka Masa Virus Merebak
Jangka masa di antara mulanya jangkitan virus penyakit ini dengan permulaan simptom biasanya di antara satu hingga tiga bulan; walaupun begitu, jangka masa ini berubah-ubah di antara kurang dari satu minggu hingga lebih dari setahun.
Jangka masa ini berubah-ubah bergantung kepada jangka masa virus untuk sampai ke sistem saraf pusat.
Kes-Kes Berkaitan Rabies
Jabatan Kesihatan Sarawak mengesahkan mangsa ke-7 wabak rabies atau anjing gila telah meninggal dunia.
Pengarah Kesihatan Sarawak, Dr Jamilah Hashim berkata, lelaki berusia 59 tahun itu disahkan meninggal dunia kira-kira 4.44 petang semalam di Hospital Umum Sarawak (HUS).
Penyebab kematian lelaki tersebut adalah rabies encephalitis. Kes dari Jalan Batu Kawa-Matang, Kuching ini mempunyai sejarah digigit anjing pada November tahun lepas dan mendapatkan rawatan di HUS bulan lepas (24 Januari) apabila mula menunjukkan gejala neurologi.
Beliau berkata, setakat semalam, jumlah kes rabies dalam kalangan manusia kekal 7 mangsa; 6 meninggal dunia dan hanya seorang selamat.
“Mangsa ke-6 seorang kanak-kanak 7 tahun dari Kampung Kuala, Serian dibenarkan keluar hospital pada 31 Januari 2018,” katanya.
Dr Jamilah berkata, sejak 1 Julai tahun lalu hingga semalam, sebanyak 29 lokaliti di 5 bahagian di negeri ini, iaitu Serian, Samarahan, Sri Aman, Kuching dan Sarikei didapati positif rabies.
Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.
Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com