Menikmati minuman yang lazat daripada Tealive ternyata menjadi satu mimpi ngeri yang tidak boleh dilupakan oleh lelaki ini. Dia menyangka pepejal lembut yang dikunyahnya adalah jeli yang terdapat dalam minuman itu, tetapi rupanya seekor cicak yang sangat besar.

tealive

Loading...

Gara-gara kejadian ngeri tersebut, lelaki yang bernama Hasler Hoho itu terus memuat naik status di laman Facebooknya yang menceritakan dengan lebih jelas bagaimana ianya berlaku. Turut dimuatnaik adalah gambar cicak yang ditemuinya dalam minuman tersebut. Kelihatan cicak itu sudahpun kehilangan ekornya.

cicak dalam tealive
Status FB yang dimuat naik Hasler Hoho

Ujarnya, “Saya memesan minuman dengan jeli di salah sebuah outlet Tealive di Bukit Jalil. Setelah beberapa lama menikmati minuman itu, tiba-tiba saya rasa ada objek pelik di dalam mulut saya. Rasanya seperti lembut dan panjang. Saya hairan kerana jeli yang dipesan adalah berbentuk bulat.

tealive
Cicak dalam ditemui dalam minuman

Dengan rasa ragu-ragu, dia mengeluarkan objek itu dan…jeng jeng jeng!

Setelah memuntahkan cicak tersebut, Hasler terus membuat aduan di ibu pejabat Tealive dan meminta mereka agar berhati-hati dengan kejadian sebegini.

Ternyata perkara itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen. Sebahagian besar daripada mereka meluahkan rasa geli dan trauma dengan peristiwa yang menimpa Hasler. Tidak kurang juga, ada yang sudah tidak mahu memesan minuman dengan jeli itu lagi di masa hadapan.

tealive
Gambar sekadar hiasan

Apa-apapun, semua pelanggan dan pekerja di rangkaian kedai minuman itu diharapkan dapat memeriksa minuman yang disediakan terlebih dahulu bagi mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini berlaku.

Semoga kejadian seperti ini tidak akan berlaku lagi di masa akan datang.

Teruskan layari Deenamik.com dan like FB page Deenamik untuk dapatkan info-info terkini serta isu-isu viral dari dalam dan luar negara.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here