Penyanyi terkenal Pematah Hati, Nabila Razali kini mencuba nasib untuk menyanyikan lagu dalam Bahasa Mandarin.

Walalupun cuma beberapa rangkap dalam bahasa Mandarin, perkara ini boleh dianggap langkah permulaan buat penyanyi Nabila Razali untuk mencuba nasib di pasaran China seperti Shila Amzah.

Loading...

Nabila Razali

Tetapi sebelum memasang impian untuk pergi lebih jauh, Nabila mengakui dia perlu berdepan beberapa cabaran besar terlebih dahulu.

Antaranya, mula memenangi hati pendengar lagu Mandarin tempatan melalui lagu tema filem Lee Chong Wei.

Diberi penghormatan menyanyikan lagu tema filem berkisahkan jaguh badminton dunia Datuk Lee Chong Wei ibarat dibuka satu laluan baru untuk Nabila merealisasikan hasratnya itu.

Nabila Razali

“Saya akan menyanyikan Cahaya Juara dalam Bahasa Malaysia dan sebahagiannya pula Mandarin. Ini pintu untuk saya jejakkan kaki ke dunia lain,” katanya.

BACA JUGA :   Penerangan Nabila Razali Mengenai Publisiti Muzik Video Pematah Hati

Mengulas mengenai pemilihannya sebagai penyanyi lagu tema naskhah arahan Teng Bee itu, Nabila ternyata langsung tidak menduga sebarang kejutan seperti itu.

Selain Nabila, nama Priscilla Abby – seorang selebriti media sosial – turut diumumkan sebagai penyanyi lagu tema filem Lee Chong Wei (versi Mandarin sepenuhnya).

Nabila Razali

Nabila dan Priscilla bakal mempersembahkan Cahaya Juara buat julung kalinya secara langsung pada malam perdana filem berkenaan yang akan diadakan pada 9 Mac depan.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

BACA JUGA :   Hael Husaini Dedah Rahsia Disebalik 'Cumi-Cumi' Pematah Hati

Sumber: MalaysiaKini

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here