‘European Travel Information and Authorisation System’ atau ETIAS akan dikuatkuasakan pada tahun 2020, sistem ini bagi para pelancong Malaysia yang akan pergi bercuti ke negara-negara Kesatuan Eropah (EU). Ia juga merupakan prosedur imegresen baharu yang akan digunakan.

 

Sistem ini akan dijadikan kewajipan kepada semua pelancong dari semua negara berstatus ‘visa-free’.

Laman web Etias Europe.eu ada menyatakan bahawa semua pelancong dari negara bertatus ‘visa-free’ diberi kebenaran untuk tinggal di ‘Schengen Area’ dalam tempoh maksimum 90 hari. Selepas tempoh maksimum mereka hendaklah kembali semula ke ngara asal.

‘Schengen Area’ adalah semua negara yang berada dibawah Kesatuan Eropah (EU) kecuali beberapa negara seperti Bulgaria, Crotia, Cyprus, Ireland, Romania dan United Kingdom.

Sistem baharu adalah bertujuan untuk meningkatkan tahap keselamatan bagi setiap pelancong yang dibenarkan ke luar negara untuk tujuan percutian.

ETIAS

“Ia merupakan satu prosedur bagi menangani masalah setiap individu yang tidak berkelayakan untuk melangkah keluar di sempadan negara dibawah Kesatuan Eropah.

BACA JUGA :   Kesatuan Eropah (EU) Harap Sijil Digital COVID-19 Lonjakkan Sektor Pelancongan.

ETIAS yang dilengkapi dengan Entry-Exit System (EES), pastinya akan membantu mempercepatkan, memperkasakan dan memajukan lagi prosedur kawalan sempadan, malah menawarkan perlindungan daripada berlakunya penipuan dokumen serta pemalsuan identity oleh mana-mana individu.

Individu akan diberi kebenaran keluar dari negara jika telah disahkan mempunyai ETIAS dan barulah boleh menyeberangi sempadan negara Kesatuan Eropah (EU).

“Selepas dikeluarkan, mereka yang disahkan mempunyai ETIAS sah boleh tinggal di kawasan Schengen maksimum 90 hari dari tempoh 180 hari dan sah untuk 3 tahun bermula dari tarikh dikeluarkan atau sehingga sampai tarikh tamat tempoh passport, mana yang lebih awal.”

Bagi mereka yang inigin membuat permohonan ETIAS sangat mudah kerana ia hanya melalui sistem online dan dingatkan supaya berbuat sedemikian sekurang-kurangnya dalam jangka tempoh masa 72 jam sebelum berlepas atau lebih awal ada lebih baik.

Untuk permohonan secara online itu juga akan mengenakan bayaran sebanyak RM48 (10 Euro). Caj bayaran ini hanya kepada golongan berumur 18 tahun keatas dan bawah dari 18 tahun tidak dikenakan sebarang bayaran.

BACA JUGA :   BREXIT Di Ambang Kegagalan?

Beberapa dokumen juga diperlukan untuk permohonan ETIAS iaitu;

#1. Pasport yang dikeluarkan oleh negara berstatus ‘visa-free’.

#2. Kadar bayaran yang sah untuk pembayaran yuran permohonan sebanyak 10 Euro.

#3. Maklumat pemohon yang diperlukan alamat tetap tempat tinggal, no telefon dan email.

Selepas permohonan ETIAS secara online berjaya dihantar, sistem akan menyemak data yang dimasukkan dengan pelbagai platform dan sistem digunakan bagi memastikan seorang individu layak atau tidak mendapat ETIAS.

Sekiranya permohonan berjaya maka pemberitahuan akan dihantar terus kepada email pemohon dan jika sebaliknya maka penjelasan sebab-sebab kegagalan mendapat ETIAS akan diberikan.

Berikut merupakan negara yang mewajibkan ETIAS bermula tahun 2020;

ETIAS

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

sumber : vocket

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here