ollolai

Setiap individu menginginkan sebuah rumah milik sendiri sebagai aset di masa depan. Lebih-lebih lagi jika ingin mendirikan rumah tangga khususnya bagi mereka yang singin berkahwin. Sebelum tu, pernah dengar tak bandar Ollolai? Mungkin pernah dengar tapi tak tahu di mana kan?

 

Loading...

Okay, kita lihat dahulu harga rumah hari ini memang semakin tinggi, membuatkan kita menepuk dahi memikirkan angka harga sesebuah rumah. Belum kira lagi duit gaji bulanan untuk melunaskan hutang motorsikal, kereta dan belanja makan harian.

Tapi sangat berbeza apabila kita mendengar harga rumah serendah RM4.85, sungguh murah dan menarik perhatian mayarakat sekeliling. Di mana agaknya lokasi rumah yang sangat murah ni? Tapi siapa pula yang sanggup menjual rumah dengan harga RM4.85?

 

Untuk tahu lebih lanjut, jom teruskan membaca..

Rumah yang ditawarkan serendah harga confirm mampu milik ni terletak di Ollolai, Itali. Bandar ini di kepulauan Sardinia rumah kosong dengan harga €1 (RM4.85+-) saja. Tidak perlu tepuk dahi lagi, tapi kita yang pening memikirkan samada ia benar atau tidak.

ollolai
suasana bandar Ollolai

Bandar ini juga merupakan yang pertama mengkotakan janji, dengan harga tawaran serendah €1 adalah untuk menarik orang ramai tinggal di bandar berkenaan di Kepualauan Sardinia, Itali, yang sememangnya dikelilingi keindahan alam dan sejarah.

Belum habis lagi ni, cuba lihat syarat rumah tersebut sekiranya anda ingin membelinya pada esok hari. Lihat pada lokasi bandar Ollolai ni.

ollolai
kedudukan dalam peta bandar Ollolai

Rumah ditawarkan dengan syarat yang mana rumah tersebut bukanlah dalam kondisi baik, dan pembeli juga harus membuat sedikit pemulihan. Begitulah tawaran diberikan bagi memastikan bandar ini berpenghuni.

Dijangkakan harga untuk membaik-pulih iaitu sekitar USD25, 000 (RM97, 000+-). Mungkin anda yang sedang membaca ini mempunyai kemahiran dalam membaiki rumah, anda sudah menjimatkan kos upah membaiki rumah, dan hanya perlu mengeluarkan kos beli barang yang diperlukan.

Idea diutarakan oleh datuk bandar Ollolai, Efisio Arbau. Menurut Arbau populasi penduduk di bandar tersebut setiap tahun menunjukkan angka menurun dan langkah yang diambil oleh datuk Bandar Ollolai adalah bagi memastikan bandar tersebut menjadi ‘bandar hantu’.

Populasi penduduk bandar Ollolai hanya 1,300 orang sahaja ketika ini dan kadar kelahiran juga dilihat tidaklah begitu membantu dalam peningkatan jumlah penduduk. Waaah, jika anda berminat untuk tinggal di bandar Ollolai boleh terus membeli rumah kosong dengan hanya membuat sedikit penambahbaikan.

ollolai

“Bandar ini adalah kekuatan kami! Dan kami ada penduduk yang kuat dan kami tidak mahu bandar ini mati,” kata Arbau. Ollolai adalah antara bandar yang masih mengekalkan ketulenan Sardinia. Anak mudah juga ramai yang berpindah ke kawasan bandar yang lebih besar untuk mendapatkan peluang pekerjaan.

200 buah rumah ditawarkan dan diharapkan ia mampu menarik lebih ramai masuk ke bandar Ollolai. Dengan kemasukan orang ramai pastinya ia akan mengembalikan suasana meriah dan memperlihatkan lagi keindahan bandar tersebut.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

sumber : vocket

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here