Datuk Seri Dr. S.Subramaniam yang juga Menteri dalam Kementerian Kesihatan Malaysia menasihatkan kepada seluruh masyarakat supaya sentiasa berhati-hati dengan kepelbagaian suplemen yang dikeluarkan oleh banyak pihak hari ini.
Masyarakat seharusnya berfikir terlebih dahulu sebelum bertindak memutuskan sesuatu keputusan. Jangan hanya mengikut keinginan yang akhirnya membawa padah pada diri sendiri.
“Suplemen untuk cara hidup sihat itu tidak bermasalah, tetapi bertindak mengambil suplemen mrngurangkan risiko kanser itu satu perkara yang tidak digalakkan kerana dalam sesesuatu ubat ada menerangkan bahawa vitamin atau suplemen dapat mengurangkan kanser,” ujar beliau dalam sidang media selepas merasmikan Minggu Kanser Sedunia 2018 betempat di Temple of Arts di Brickfields.
Tambahan itu, Datuk Subramaniam turut menegaskan bahawa ubat-ubatan yang tidak mempunyai perakuan atau bukti saintifik, kementeriannya tidak akan mendaftarkan produk tersebut.
Ubat-ubatan yang ingin didaftarkan oleh pihak farmasi mereka hendaklah mengemukakan bukti kukuh dan bukan secara sains. Sekiranya gagal memberi bukti tersebut maka sesuatu produk itu tidak dibenarkan pendaftarannya.
Sehubungan peringatan beliau, pengusaha industri pembuat produk kesihatan itu perlu memahami dan mematuhi prosedur yang telah ditetapkan.
Beliau turut berkata, “di luar sana mungkin masih ramai yang menjual produk seperti ini dan mendakwa ia mempunyai perakuan tentang kebolehan mengurangkan risiko kanser.”
Sebelum membuat keputusan masyarakat perlu berfikir dahulu, befikir dengan bijak agar tidak mudah terpedaya dengan produk-produk yang tidak berdaftar di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kerana bimbang memberi kesan buruk pada kesihatan individu.
Teruskan layari Deenamik.com dan like FB page Deenamik untuk dapatkan info-info terkini serta isu-isu viral dari dalam dan luar negara.
Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com
sumber : awani