fattah dan fazura

Setelah lama mendengar lafaz akad nikah Fattah dan Fazura, kini pasangan itu telah memaklumkan bahawa majlis persandingan mereka akan dilangsungkan pada tarikh pilihan bersejarah iaitu pada 25 Februari bersamaan hari Ahad.

 

Sebelum ini ramai membuat spekulasi tentang pernikahan selebriti terkenal itu, hari ini  juga sudah tiga bulan mereka mendirikan rumah tangga.

Sebelum ini peminatnya hanya mendengar dari media berkenaan tarikh pernikahan Fattah dan Fazura. Namun kedua pasangan bagai pinang dibelah dua itu telahpun memaklumkan bahawa tarikh pernikahan mereka pada 13 November 2017 tepat pada jam 9.50 malam dan sah bergelar pasangan suami isteri.

fattah dan fazura
majlis pernikahan Fatta dan Fazura : sah bergelar suami isteri

Kisah cinta antara mereka bermula apabila kedua-duanya menjadi watak dalam sebuah siri drama popular. Mereka Nampak sangat sepadan sehingga ada diantara peminat mereka yang meletakkan gabungan nama keduanya sebagai ‘Fattzura‘.

Lebih meyakinkan lagi berkenaan hubungan Fattah, 27 dengan Nur Fazura, 34, apabila kehadiran Fattah di majlis pertunjukan fesyen House Doll milik Fazura. Ketika itu Fatta h menaiki pentas untuk menyambut ulang tahun kelahiran Fazura dengan membawa jambangan bunga serta memberi 500 kuntum mawar.

fattah dan fazura
fattah memberi jambangan bunga kepada fazura

Nampaknya, Fattah bersungguh-sungguh dengan niatnya memikat hati seorang wanita yang menjadi pilihannya. Bukan sedikit kuntuman mawar yang diberikan, 500 kuntum cukup banyak dan pastinya Nur Fazura terharu melihat hadiah dari jejaka pujaannya.

Jangan lupa untuk memeriahkan majlis persandingan dua pasangan serasi pada 25 Februari 2018 (Ahad) ini, di sebuah hotel terkemuka di ibu negara. Tarikh itu dipilih kerana ia mempunyai kaitan sejarah percintaan Fattah dan Fazura.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

sumber : BH

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here